Posts

Showing posts from June, 2023

“Syukur mak ayah aku kolot” – Tengok budak zaman sekarang, anak tak kisah dapat ibu bapa tak kaya, belajar tak tinggi

Image
  DALAM  era moden yang serba canggih ketika ini, cabaran mendidik anak bukanlah calang-calang. Ibu bapa perlu bijak menggunakan pendekatan yang sesuai seiring dengan peredaran zaman agar anak-anak tidak berasa terkongkong dan dalam masa yang sama mereka tidak ‘hanyut’. Pendek kata, anak-anak perlu diterapkan dengan pendidikan yang seimbang baik dari segi agama, moral, emosi, intelek dan pelbagai aspek lain dalam melahirkan insan yang berkualiti dan mempunyai jati diri. Mungkin ada yang beranggapan ibu bapa perlu berfikiran lebih terbuka seiring dengan dunia moden, namun bagi individu ini, dia bersyukur kerana dibesarkan dalam suasana yang konservatif. “Aku cukup bersyukur punya mak ayah yang kolot, tak berfikiran terbuka macam mak ayah sekarang. “Nak keluar sentiasa minta izin walau duduk jauh. Sebelum Maghrib wajib balik. Dah jadi kebiasaan sebab dulu masa budak-budak pernah kena kurung dekat luar sejam dua, sebab main sampai tak ingat jalan balik ke rumah. “Aku dan

“Kalau tak mampu, kenapa buat anak baharu?” – Tak perlu rayu derma demi sara ramai zuriat, lebih baik rancang famili

Image
  KEHADIRAN  cahaya mata bukan sekadar penyeri rumah tangga bagi pasangan suami isteri tetapi merupakan tanggungjawab dan amanah yang perlu dijaga dengan sebaiknya. Sesetengah individu pula berpegang pada prinsip anak sebagai pembawa rezeki sehingga ada yang beranggapan kehidupan akan berubah sekiranya mempunyai anak yang ramai. Seperti yang dikongsikan wanita ini di halaman Facebook, dia terkejut apabila terdapat beberapa ibu yang baru sahaja melahirkan anak kedua dan ketiga menjadi ‘pengemis’ di media sosial. “Pagi-pagi buka Facebook nampak posting mak-mak yang baru lahirkan anak nombor 2, 3 ke atas minta bantuan  basic item  bayi seperti susu, lampin, cadar dan lain-lain. Hantaran asal yang dibuatnya di halaman Facebook. “I tertanya-tanya, kalau tiada kemampuan dari segi ekonomi untuk menyara lebih daripada seorang anak atau jumlah yang sedia ada, kenapa buat anak baharu?” ajunya sambil mengakui persoalan tersebut agak ‘kurang ajar’ bunyinya. Mengakui kehidupan

4X Selingkuh Dimaafkan, Kini Suami Jual Kereta Isteri & Lari Dengan Gadis Lain

Image
  Bercakap tentang kehidupan berumah tangga, ada kalanya pasangan kita akan terjebak menjalinkan hubungan rahsia dengan orang lain mengalahkan budak sedang kemaruk cinta. Pun begitu, kemaafan masih sudi diberikan dengan harapan peluang kedua itu bakal digunakan sebaiknya untuk mengubah diri. Sampai hati buat macam ni…Sudah 12 jam menghilang…Kami tak tahu dia di mana Namun bagi wanita tabah bernama Puan Fika ini, peluang yang diberi kepada suaminya malah dipersiakan begitu sahaja. Sebelum ini, dia sempat memuat naik hebahan di Facebook bagi mencari suaminya yang gagal dikesan lebih tempoh 24 jam. Kau kenal perempuan ni baru 3 bulan…Kau lebih pilih dia daripada isteri kau yang 13 tahun ni Rupa-rupanya, lelaki berkenaan telah melarikan diri dengan seorang gadis muda dipercayai mengambil penerbangan dari Tawau, Sabah menuju ke Kuala Lumpur. Jelas Puan Fika, ini bukanlah pertama kali suaminya membuat ‘hal’ sebegitu. Bahkan sepanjang 13 tahun mendirikan perkahwinan, Puan F

Penduduk berdekatan taman permainan anggap parkir awam di situ ‘hak’ mereka, orang luar park dapat ugutan

Image
  ISU  berebut parkir di kawasan perumahan bukanlah perkara baharu. Saban hari ada sahaja perkongsian dan keluhan warga maya mengenai masalah ini di media sosial. Rata-ratanya meluahkan rasa kecewa dengan sikap segelintir jiran yang terlalu mementingkan diri dan enggan bertolak ansur biarpun teguran sudah dibuat. Terbaharu dalam satu hantaran di grup Facebook  B40 Buat Perangan Apa Harini , tular perkongsian oleh seorang individu yang meluahkan rasa tidak puas hati kerana mendapat nota amaran daripada penduduk setempat gara-gara tindakannya meletakkan kereta di taman permainan. Nota yang diterima oleh individu berkenaan. “Salam… saya nak tanya pendapat yang arif bab undang-undang. Saya  stay  (menetap) Kuala Lumpur, rumah teres. Setiap rumah disediakan satu parkir. “Kami ada dua kereta. Satu lagi kami parkir di kawasan taman permainan iaitu  public parking. “ Then  pagi ini saya dapat amaran seperti dalam gambar,” tulisnya. Dalam hantaran yang sama, individu itu turut

Cikgu kurung pelajar dalam bilik ala sangkar besi

Image
  Cikgu kurung pelajar dalam bilik ala sangkar besi Similar Posts

[VIDEO] Belum rezeki timang cucu, pakcik meja sebelah minta izin dukung bayi – “Mommy daddy makan dulu”

Image
  Tular sebuah video memaparkan  kegembiraan seorang pakcik apabila dapat mendukung bayi  perempuan yang merupakan cahaya mata kepada sepasang suami isteri ketika menjamah sarapan pagi di sebuah restoran. Menerusi perkongsian di aplikasi TikTok, suami isteri tersebut @ameeraida menyatakan bahawa pakcik yang duduk di meja sebelah mereka itu teringin menimang cucu tetapi anaknya  belum mempunyai rezeki untuk dikurniakan zuriat . @ameeraida semoga ada rezeki untuk atok nenek nimang cucu 😘 #lakibini #couplestiktok #malaysiacouple #babytiktok #babymalaysia #suamiistri #fyp #fypシ゚viral #fyppppppppppppppppppppppp #tiktokmalaysia ♬ suara asli - Azizah_bams - Azizah_Jambi Bercerita lanjut, @ameeraida berkata pada mulanya pakcik berkenaan bersama isterinya tersenyum melihat bayi mereka bernama Aufaa sebelum meminta izin untuk mendukung sementara pasangan muda itu sedang menikmati makanan. “Tengah sarapan pagi di kedai mamak, ada pakcik makcik sebelah meja senyum-senyum te

[VIDEO] “Saya masih bujang, tegas, tidak banyak lelaki sukakannya – Inspektor Sheila

Image
  Pegawai polis wanita tular dikenali sebagai Inspektor Sheila mengakui dia masih bujang dan belum berpunya selain memiliki percakapan dalam nada tegas. “Saya masih bujang kerana terlampau tegas…tidak banyak lelaki sukakannya (tegas). Suara saya memang begini … cuba tanya penduduk di Petaling Jaya, Inspektor Sheila ini memang tegas orangnya. “Cuba tanya penduduk di Petaling Jaya, Inspektor Sheila ini dia memang orang yang suka ikut prosedur…Saya bukan seorang yang suka cakap mengarut,” katanya. Terdahulu, Sheila atau nama sebenarnya S.Shiela Sharon, 35, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengaibkan seorang anggota polis di sebuah kedai makan berpangkat Lans Koperal dua minggu lalu. Mengikut pertuduhan, Sheila didakwa telah menyebut berkenaan pangkat Lans Koperal dengan cara tidak wajar kepada Lans Koperal Abdul Arif Farhan Abdul Razak dengan maksud untuk mengaibkan kehormatan penama tersebut. Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah kedai makan di Jalan SG 1/1, Tam

Tiga anak keluar beli aiskrim maut terbabit kemalangan, bapa akui ujian terlalu berat

Image
  Sukar bagi seorang bapa menerima hakikat bahawa  tiga daripada lima anaknya  meninggal dunia apabila motosikal ditunggang  terbabit kemalangan  dengan sebuah kereta di Kilometer 7 Jalan Benta/Lamir, Kampung Langgar, Pekan tengah hari semalam. Menurut laporan Harian Metro, Nik Mohd Khairul Hisyam Derahman berkata, Nik Nur Faqihah, 11, dan Nik Ikram Nuqman, 5,  teringin menikmati aiskrim sebelum keluar  bersama abang mereka Nik Ikram Idwan, 15. “Saya seolah tidak percaya apabila isteri menghubungi memberitahu tiga anak kami maut dalam kemalangan, namun apabila melihat gambar mereka, hati saya begitu sayu. “Terlalu berat untuk menerima takdir ini namun saya reda. Ini ujian berat perlu saya dan isteri terima. “Dalam sekelip mata tiga daripada lima anak saya meninggalkan kami tanpa disangka, terlalu berat ujian yang terpaksa saya dan isteri terima,”  katanya ketika ditemui media di Unit Forensik Hospital Pekan hari ini.   Foto: Harian Metro/Mohd Rafi Mamat Bercerita lanjut,

Anggota TUDM maut bom lempar meletup ketika latihan, 2 jurulatih parah

Image
  Seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) maut selepas bom lempar meletup ketika sesi latihan di Kem Syed Sirajuddin di sini, hari ini. Difahamkan dua jurulatih lagi parah dalam kejadian jam 12 tengah hari ketika mereka menjalani latihan menembak senjata dan bom lempar di tapak latihan kem terbabit. Sumber berkata, bom berkenaan meletup di dalam bunker ketika proses latihan dilaksanakan. “Kejadian berkenaan membabitkan dua jurulatih dan seorang penuntut dari Institut Pentadbiran dan Pengajian Pengkalan Udara Sendayan (INSTAR). “Mangsa yang maut adalah penuntut (INSTAR) manakala dua jurulatih yang cedera dibawa ke Hospital Segamat untuk rawatan lanjut,” katanya. Dalam pada itu, TUDM dalam satu kenyataan malam ini mengesahkan insiden berkenaan. Markas Tentera Udara dalam kenyataan berkata, insiden itu membabitkan anggota TUDM yang sedang menjalani Latihan Menembak Senjata Bantuan dan Bom Lempar Penuntut Kursus Peningkatan Pembantu Pertahanan Kelas 1 (KPPP

[VIDEO] Ibu Rakam Anak Menangis Teresak-Esak Mengadu Kawan Sekolah Ejek Adik Cacat

Image
  Tular satu video memaparkan seorang anak kecil berusia dalam lingkungan 8 tahun yang menangis teresak-esak selepas pulang dari sekolah. Kawan sekolah ejek adik cacat Menerusi hantaran dimuat naik ibunya yang dikenali sebagai Yusrina Yusoff, dapat dilihat anaknya yang bernama Chenta itu menangis teresak-esak dan begitu kecewa dengan ejekan rakan sekolah yang mengatakan adiknya cacat. Mereka cakap adik cacat, pastu kaki dia terbelit-belit, kenapa mereka cakap macam itu? Bukan itu sahaja, Yusrina memaklumkan bahawa rakan-rakan sekolah anaknya turut menggelarkannya sebagai bodoh serta orang susah dek kerana kekurangan yang dihadapi mereka sekeluarga. Dalam pada itu, Yusrina turut menjelaskan perkara ini telah pun dimaklumkan kepada pihak sekolah dan akan diteliti serta disiasat. Ibu telah berjumpa dengan pihak sekolah dan pihak sekolah akan siasat perkara ini dengan lebih mendalam. Saya juga tidak betulkan Chenta 100 peratus, mungkin Chenta terlampa

Bekas penghulu maut, luncur udara terjunam di Pantai Irama

Image
Kegembiraan dua lelaki warga emas bermain sukan luncur udara (paramotor) berakhir tragedi apabila salah seorang daripada mereka maut selepas lemas di Pantai Irama di sini petang tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 6.41 petang itu, Mustaffa Isa, 62, yang merupakan bekas penghulu di Mukim Seribong, Kota Bharu maut selepas luncur udara dikemudi oleh rakannya yang berusia 77 tahun terjunam ke dalam laut. Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Bachok, Leftenan Mohd. Khairi Mat Hussin berkata, anggota APM mendapati dua lelaki sedang membuat penerbangan luncur udara berhampiran menara pantai tiba-tiba jatuh ke dalam laut. Menurutnya, paramotor tersebut dilihat terjunam ke laut sebelum petugas Penyelamat Pantai APM bergegas cuba menyelamatkan mangsa. “Salah seorang lelaki berada dalam keadaan terkapai-kapai di permukaan air sebelum diselamatkan anggota APM. “Seorang lagi mangsa dilihat tenggelam di kawasan laut dan tidak memberi sebarang tindak balas. Jet ski milik

Lelehan darah di betis bongkar remaja buang bayi belakang rumah

Image
  Seorang remaja perempuan sanggup membuang bayi yang baru dilahirkan di belakang rumah di Kampung Geting di sini, sebelum berpura-pura menjumpai bayi tersebut. Bayi perempuan yang ditinggalkan dalam keadaan bogel dan kebiruan dengan tali pusat sudah dipotong itu dipercayai dilahirkan pada jam 9.30 pagi Jumaat oleh remaja berusia 18 tahun tersebut. Ibu remaja itu berkata, dia menerima panggilan telefon daripada anak perempuannya memaklumkan terdengar suara tangisan bayi dan mendakwa ada individu membuang anak di belakang rumah. Menurut pembantu kedai makan yang berasal dari Sungai Golok, Thailand itu, dia tidak terus pulang kerana sedang bekerja namun sekali lagi dihubungi anaknya sebelum meminta saudara pergi melihat keadaan. “Saya pun turut bergegas balik dan sebaik sampai, saya melihat jiran sedang memangku seorang bayi. “Saya terus bertanyakan anak, adakah bayi itu anaknya, namun dia menafikan,” katanya ketika ditemui di sini. Ujar wanita itu, satu uri turut ditemui

Ayah Buntu Anak Perempuan Umur 16 Tahun Jadi ‘Liar’, Suka Keluar Malam & Bersetubuh Dengan Suami Orang

Image
  Seorang individu meluahkan rasa buntu yang dihadapi apabila anak perempuannya sukar untuk dikawal walaupun sudah cuba cara terbaik sebagai ibu bapa. Bersetubuh dengan suami orang Sekadar gambar hiasan Menerusi perkongsian di Twitter, seorang individu yang dipercayai memiliki seorang anak perempuan yang berusia 16 tahun berubah menjadi liar sehingga maruah diri tergadai. Difahamkan, individu itu telah mencuba beberapa cara untuk menjaga anak perempuannya dengan baik, namun, gagal. Dah tegur, telefon tak pernah bagi, duduk depan mata, isteri suri rumah. Bab didikan saya dan isteri tegas tapi masih beri perhatian dan kasih sayang. Kami luangkan masa bersama keluarga setiap minggu, makan malam satu meja itu wajib. Tapi Allah nak uji, anak pandai keluar malam tanpa sedar. Sampai dah buat sex dengan suami orang. Saya sampai tak tidur malam berjaga tapi masih licik budak zaman sekarang. Apa yang terjadi membuatkan individu yang bergelar seorang ayah itu hiba dan buntu untu

Diperdaya ‘pegawai’ Tengku Zafrul, warga emas rugi RM81k

Image
  Seorang lelaki dikesan menyamar sebagai wakil pemberi bantuan daripada Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz bagi memperdaya warga emas menyerahkan barang kemas miliknya. Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada mangsa iaitu seorang wanita warga emas berusia 70 tahun. “Menurut pengadu, ketika dia berada di Batu 8, Kampung Asahan, di sini, datang seorang lelaki tempatan menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza memperkenalkan diri sebagai wakil pemberi bantuan daripada Tengku Zafrul kira-kira 11 pagi, 16 Jun lalu. “Suspek memaklumkan mahu memberi bantuan kewangan dan akan membawa mangsa ke balai raya untuk mengambil kupon pendaftaran dengan menaiki kereta,” katanya dalam kenyataan, hari ini. Ramli berkata, mangsa yang bersetuju dengan pelawaan itu turut mengajak jirannya iaitu seorang wanita warga emas berusia 72 tahun. “Se

Imam dijemput Ilahi kurang 12 jam selepas isterinya meninggal

Image
  Seorang imam dan bilal di Surau Haji Taha di Kampung Sungai Lurus Darat, Senggarang, dekat sini meninggal dunia kurang 12 jam selepas isterinya kembali ke Rahmatullah pada Rabu. Isterinya, Hafsah Ahmad, 83, menghembuskan nafas terakhir terlebih dahulu pada jam 1.45 pagi di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) di sini kerana angin ahmar selain menghidap ketumbuhan di otak. Muhammad Nasir, 81, atau lebih dikenali sebagai Haji Ali dalam kalangan penduduk Kampung Sungai Lurus Darat pula meninggal dunia pada jam 1.05 petang hari sama iaitu beberapa jam selepas isterinya itu selamat dikebumikan pada jam 11.30 pagi. Menurut anak saudara kepada pasangan tersebut, Jailan Salikin, 64, dia mengetahui berkenaan perkara itu selepas beberapa jam Allahyarham Hafsah selamat dikebumikan. “Saya mendapat panggilan memaklumkan Haji Ali pula meninggal dunia. Sebelum itu, arwah dilihat agak gelisah selepas isterinya dimasukkan ke wad. “Sebelum pemergiannya, Haji Ali kelihatan sihat. Pa

Mufti Perak putuskan jarak 2 marhalah 81km

Image
  JABATAN Mufti Perak mengesahkan qasar solat bagi orang bermusafir boleh dilakukan bagi mereka yang menempuhi perjalanan melebihi dua marhalah pada anggaran bermula 81 kilometer (km) sehala. Kata Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim, pengiraan tersebut dirujuk berdasarkan keputusan jawatankuasa fatwa negeri Perak. “Ini adalah keputusan menyuarat jawatankuasa negeri Perak. Negeri lain bergantung kepada keputusan negeri masing-masing. “Keputusan ini juga adalah tidak diwartakan dan hanyalah sebagai satu alternatif bagi jarak dua marhalah kepada yang sudah sedia ada sekarang,” katanya kepada Majoriti. Datuk Zamri Hashim Penentuan kadar dua marhalah taqribi (anggaran) pada jarak 81km itu sudahpun diisytiharkan di negeri Perak bagi membolehkan individu bermusafir menunaikan solat jamak dan qasar. Bagaimanapun ukuran tersebut hanyalah satu anggaran yang bukannya ketepatan (tahdidi). Untuk info, pengiraan jarak seorang musafir itu dikira selepas 11km perjalanan bermaksu