Posts

Showing posts from May, 2023

Pergi rawat sihir, sudahnya kena cabul

Image
  Hasrat seorang wanita mahu mendapatkan rawatan kerana mengesyaki dirinya disihir bertukar tragedi apabila mendakwa dicabul pengamal perubatan tradisional ketika rawatan di Damansara, di sini, baru-baru ini. Perbuatan jijik lelaki berusia 60-an itu terbongkar selepas mangsa berusia 27 tahun membuat laporan polis, Ahad lalu. Menurut sumber, kejadian berlaku pada 22 Mei lalu ketika mangsa bersama tunangnya ke pusat rawatan tradisional berkenaan dan bertemu seorang lelaki yang mengaku pengamal perubatan. “Mangsa mendakwa disuruh memasuki sebuah bilik dan semasa proses rawatan, lelaki itu menyentuh bahagian badan dan kemaluannya beberapa kali. “Sebaik selesai rawatan, lelaki itu menyuruh mangsa mandi dan meneruskan semula sesi rawatan mereka yang mengambil masa lebih dua jam. “Semasa rawatan kedua itu, mangsa mendakwa diperlakukan perkara sama ke atas dirinya menyebabkan dia berasa takut lalu keluar dari bilik berkenaan,” katanya. Sumber berkata, mangsa kemudian menceritakan

Jho Low dibawah tahanan rumah di Shanghai

Image
  Ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho, atau Jho Low, dipercayai berada bawah tahanan rumah di Shanghai, China, menurut pengarang bersama “Billion Dollar Whale”, Bradley Hope. “China mengawal Jho dengan ketat disebabkan rundingan dengan Malaysia, juga kerana penaungnya dalam perkhidmatan pengintipan ditangkap dan rakan kongsinya di CCCC (China Communications Construction Company) disingkirkan,” katanya. Hope berkata, daripada aset risikan, Low kini menjadi liabiliti selepas Najib Razak disingkirkan pada PRU 2018. Semalam, Al Jazeera melaporkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, Low dipercayai “bersembunyi” di Macau. Low didakwa di Malaysia dan Amerika Syarikat atas tuduhan mendalangi penyelewengan USD4.5 bilion dana 1MDB. Beijing sebelum ini menafikan melindungi Low. Malam tadi, dilaporkan bahawa sumber SPRM mengesahkan Kee Kok Thiam, bekas pembantu Low yang memaklumkan pihak berkuasa Malaysia tentang keberadaan Low di Macau, telah meninggal dunia.

[VIDEO] “Mak Bapak Benak” – Pasangan Dikecam ‘Paksa’ Anak Umur 6 Bulan Berjalan, Netizen Risau Tangan & Kaki Terkehel

Image
  Sebagai ibu dan bapa, kita digalakkan untuk masuk campur dan berada bersama anak (jika berkesempatan) ketika mereka membesar. Ingat, 1000 hari yang pertama sangat penting. Namun, janganlah pula melakukan perkara yang merisikokan keadaan mereka dan biarlah anak itu membesar mengikut rentak masing-masing. Sepasang suami isteri meraih perhatian selepas tular satu rakaman video mempamerkan mereka masing-masing memegang tangan kiri dan kanan anak untuk mengajarnya berjalan. Apa yang menjadi isu adalah kerana anak itu baru berusia 6 bulan setengah dan sepatutnya tidak boleh dipaksa untuk melangkah. Apatah lagi, tangan serta kaki si kecil itu juga masih belum cukup kuat untuk diajar berbuat sebegitu Berdasarkan emoji yang digunakan, suami isteri berkenaan dipercayai berasa ‘down’ kerana anak lelaki mereka masih belum pandai berjalan.   Video itu dimuat naik oleh seorang individu di Facebook dan ia ternyata mengundang pelbagai komen daripada netizen yang mengkritik pasangan te

Kanak-kanak sesak nafas, loya termakan biskut ganja

Image
  Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun dikejarkan ke Klinik Kesihatan Lawin di sini, selepas termakan biskut coklat berperisa ganja buatan bapanya dalam kejadian pada Isnin. Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, laporan diterima daripada pembantu perubatan klinik berkenaan sekitar jam 10.26 malam berikutan keadaan mangsa yang mengalami sesak nafas, pening kepala dan loya. “Siasatan mendapati biskut disyaki dicampur dengan ganja dibuat oleh bapa mangsa menyebabkan dia mengalami simptom tersebut. “Mangsa telah dibawa ke Hospital Gerik untuk terima rawatan sebelum dirujuk ke Hospital Taiping untuk pemeriksaan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa. Menurut beliau, suspek berusia 38 tahun yang bekerja sebagai penoreh getah ditahan bersama biskut berkenaan untuk siasatan lanjut. “Ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati suspek positif dadah jenis tetrahydrocannibol (THC). “Suspek direman selama lima hari

[VIDEO] Staff Petrol Pam Sedih Kerana Terasa Dihina Belajar Tak Tinggi, Keje Petrol Pam Je Gaji RM1500

Image
  Dengan ekonomi yang tidak menentu pada zaman sekarang, setiap orang sedang bergelut untuk mencari kerja dengan gaji setimpal. Mahu atau tidak, koyak ke tak koyak, semuanya perlu kuat mencari rezeki baik buat diri sendiri ataupun keluarga. Namun jerih perih itu terkadang diburukkan lagi dengan persepsi orang sekitar. Haaa belajaq tak pandai la tu…Kenapa tak belajaq tinggi, boleh merasa gaji RM5000-RM6000 Bagi seorang gadis muda bernama Cik Izzaty Nazmii, baru-baru ini dia juga telah berdepan dengan hinaan seorang pelanggan yang pastinya sukar dipadam dari ingatan. Bekerja di sebuah stesn minyak, Izzaty didatangi seorang pak cik yang masuk ke dalam untuk membeli air tin. Gambar sekadar hiasan Kerja pam minyak ja? Sambil jalan ke pintu, dia cakap “Boleh la kot gaji seribu setengah” Sementara membayar, individu berkenaan bertanya adakah Izzaty sudah habis belajar dan mengapa tidak menyambung pendidikan ke taraf lebih tinggi. Kemuncak kesedihan adalah sewaktu pak cik itu hend

[VIDEO] Wanita minta pendapat kerana bercinta dengan suami orang

Image
  @jesz.shop Tak faham la zan sekarang ni .. #stupidchallenge #noway #sadstory #curangitupilihanbukankesilapan #curangitupilihan #suamiorsng #bercinta #dengan #suami #orang ♬ suara asli - florian Klik sini untuk close

‘Ah long bangang’ tersalah pecah kereta, serang rumah jiran dicekup

Image
  Ah long disyaki tersalah sasaran memecahkan cermin kereta serta meninggalkan nota berbaur ugutan mahu membakar sebuah rumah di Taman Seri Keramat Ulu Kelang, di sini, telah berjaya dicekup pihak polis pada Khamis lalu. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, menurut laporan yang diterima, pemilik kenderaan mendapati ah long terbabit tersalah sasaran kerana individu yang membuat pinjaman dengan mereka adalah jiran mangsa. Katanya, kejadian menggerunkan berkenaan disedari oleh mangsa pada Isnin lalu (22 Mei) sekitar pukul 7 pagi ketika berada di rumahnya. Jelas Farouk, mangsa tampil membuat laporan polis untuk tindakan lanjut bagi memastikan keselamatan dirinya terjamin. “Bertindak atas laporan, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Ampang Jaya membuat tangkapan ke atas seorang lelaki berusia 41 tahun di Bukit Ampang Utama, di sini. “Hasil semakan pula mendapati suspek mempunyai empat rekod jenayah tidak dikehenda

[VIDEO] Lelaki Berjaya Rakam Lembaga Wanita Berbaju Putih & Berambut Panjang Seakan Pontianak Berdiri Tegak Dalam Pejabat

Image
  Satu video yang memaparkan penampakan kelibat seakan pontianak yang berpakaian serba putih dan berambut panjang telah tular di media sosial. Video yang dimuat naik pengguna Tiktok bernama @akeemrhmn itu dipercayai terjadi di sebuah sekolah. Video tersebut bermula dengan si perakam pada awalnya merakam suasana luar pejabat sekolah tersebut. Namun apabila kamera dan lampu suluhnya diarahkan ke arah dalam pejabat, terdapat satu lembaga berbaju putih dan berambut panjang sedang berdiri tegak memunculkan dirinya. Mungkin mahu dijadikan sebagai pendinding diri, si perakam juga turut kedengaran melantunkan ayat suci Al-Quran. Selesai membaca ayat suci Al-Quran, si perakam kemudiannya memberanikan diri untuk masuk ke dalam pejabat bagi memeriksa kehadiran kelibat tersebut. Ketika dia mula melangkah untuk masuk, langkahnya terhenti seketika selepas dia ternampak kelibat yang lain berada di hujung koridor di kawasan yang tidak berlampu. Dia kemudiannya memutuskan untuk

Suami saya ni sejadah pun jarang sentuh sampai la saya jumpa lelaki ini, saya rasa bahagia sangat sekali lain pula yang jadi..

Image
  Saya seorang isteri anak 1. suami saya baik, bertanggungjawab tapi dia tak bagus bab percakapan. Ada saja dia nak perli ada saja dia nak m4ki. Semua yang saya buat ada saja salahnya. Mula² kawin memang menangis je hari² tapi bila dah lama kawin saya jadi tak kesah. hati saya ni macam kosong. dia perli ke dia keluar ke . saya memang langsung tak kesah. Sampai la saya berjumpa sorang laki ni saya rasa bahagia sangat sebab dia dah banyak memberi semangat kat saya ingatkan saya tentang solat 5 waktu, solat sunat, baca al quran setiap kali malam jumaat. Padahal suami saya takpenah ingatkan saya.. suami saya ni sejadah pun dia jarang sentuh. bila ajak jemaah dia kata nanti nak main xxxx la nak main xx la tengah layan live movie la.. Saya tahu lelaki tak tipu bab solat dia sebab saya selalu sangat nampak dia kat surau tempat keja.. lagipun saya pernah nampak dia dalam surau tengah solat … Masalahnya Laki tu taktau pun saya dah kawin dia ingat saya j4nda sebab masa opening offic

Tragedi 31 julai 1988, ini kisah bagaimana terminal feri Pulau Pinang boleh runtuh

Image
  Masihkah anda ingat satu tragedi yang berlaku dalam negara kita pada tarikh 31 Julai 1988?  Pada tarikh tersebut, berlaku sebuah peristiwa yang menggemparkan rakyat Malaysia. Sebuah terminal feri yang dikenali sebagai Pangkalan Sultan Abdul Halim di Pulau Pinang telah roboh pada pukul 4:40 petang akibat jumlah muatan yang berlebihan. Tragedi itu mengorbankan 32 nyawa manakala 1,543 lagi cedera. Mengikut kronologi, terminal feri tersebut dilaporkan sesak sejak awal pagi akibat kemasukan ribuan pengunjung yang ingin menyeberang ke Pulau Pinang. Pengunjung yang terdiri daripada kaum Cina dari dalam dan luar negara berpusu-pusu datang ke situ bagi meraikan dua perayaan, iaitu Pesta Dewi Kwan Yin di Georgetown dan sambutan ulang tahun Gereja St Anne, di Bukit Mertajam. Jambatan Pulau Pinang turut ditutup pada kenderaan awam untuk mengelakkan kesesakan ketika perarakan itu berlangsung. Disebabkan itu, pengunjung yang ingin menyertai perarakan tersebut terpaksa menggunakan feri. K

[VIDEO] Suami buat hal, isteri jalan kaki jarak 7 jam balik rumah mak sambil dukung anak

Image
  SETIAP kita tidak dapat lari daripada diuji dengan masalah kecil mahupun besar. Begitu jugalah kehidupan berumahtangga yang adakalanya berlaku perselisihan faham sehingga membawa kepada pergaduhan suami isteri. Lebih berat lagi apabila pertelingkahan berlaku secara berterusan tanpa penyelesaian, sehingga timbulnya rasa tawar hati terhadap pasangan. Pelayar TikTok, Noorjanah Ibrahim memuat naik sebuah video menceritakan kisah sedih seorang isteri yang membawa diri gara-gara terkilan dengan sikap suaminya.   Wanita ini berjalan kaki pulang ke rumah ibu yang terletak di Paya Bungor. Dalam rakamannya yang tular, dia memberitahu ternampak seorang wanita sedang berjalan kaki di tepi jalan raya di Gambang, Pahamg sambil mendukung anaknya yang masih kecil di mana lokasi itu dikelilingi hutan. Tidak sanggup melihat situasi menyayat hati itu, Noorjanah dan suami yang ketika itu menaiki kereta memutuskan untuk berpatah balik demi menumpangkan wanita yang kelihatan tidak terurus te

Imigresen serbu pusat urut gay warga asing

Image
  Jabatan Imigresen menyerbu sebuah pusat urut dan menahan enam lelaki warga asing kerana disyaki menawarkan perkhidmatan seks songsang di sebuah premis di Kuala Lumpur, pada Selasa. Ketua Pengarah Imigresen Ruslin Jusoh, berkata dalam serbuan kira-kira 7.15 malam itu pihaknya turut menahan tujuh pelanggan lelaki tempatan di premis dua tingkat tersebut. “Warga asing yang ditahan terdiri lima orang lelaki warga Indonesia dan seorang lelaki warga Myanmar berusia antara 26 hingga 38 tahun. “Seorang lelaki Indonesia tersebut adalah penjaga atau ‘Daddy’ kepada semua tukang urut. Selain khidmat urutan, mereka juga menawarkan perkhidmatan seks songsang kepada pelanggan lelaki,” katanya dalam kenyataan. Katanya, kumpulan itu dipercayai mula beroperasi sejak tahun lalu dan modus operandi mereka ialah mengiklankan pakej urutan khas untuk lelaki di laman sosial, WhatsApp, dan Telegram. “Pelanggan yang berminat akan menghubungi nombor telefon yang dinyatakan sebelum diberikan gambar

[VIDEO] Anak tikus berenang dalam botol sos cili

Image
  Seorang wanita terkejut dan binggung apabila menemui seekor anak tikus sedang ‘berenang’ dalam sebiji botol sos cili. Menerusi rakaman video dikongsikan Moshi di TikTok miliknya, anak tikus tersebut dilihat seperti sedang berusaha mencari jalan untuk keluar daripada botol sos cili itu. @lia_m0sh1 Tikus tngah santai dalam sos geng👀 #haiwanrosak #tikusrosak #oyenrosak #lemburosak #ularrosak #katakrosak ♬ kucing mampus - Kxcingg Menurutnya, sehingga kini dia musykil bagaimana seekor anak tikus, boleh muat masuk ke dalam botol sos tersebut sedangkan bekas itu tertutup dengan rapat. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai turut hairan dan tidak kurang juga yang kasihan dengan anak tikus tersebut. “Macam mana dia boleh masuk dekat dalam tu. Bukan penutup tu kecil ke?,” komen Muhammad Badzli. “Akak, keluarkan tikus tu kak, kesian, mata dia pedih tu,” komen Adik Apis. “Tolong keluarkan dia, lepaskan kat hutan. Kasihan mata pedih tu,” komen Ateyn. Video tersebut

Matahari Tegak Atas Kaabah 28 Mei Ini, Orang Ramai Boleh Semak Arah Kiblat Di Rumah

Image
  Saban tahun, umat Islam di negara ini sering disarankan untuk menyemak kedudukan arah kiblat dari lokasi mereka tepat pukul 5.16 petang pada setiap 28 Mei. Walau bagaimanapun, waktu tersebut sudah dilewatkan dua minit kepada 5.18 petang sejak tahun lepas dan turut disahkan pakar falak tanah air, Datuk Dr. Azhari Mohamed yang memberitahu, kiraan waktu itu berdasarkan penggunaan Almanak Falak Syarie Malaysia 2023 bagi rujukan peristiwa Istiwa A’dzam. “Insiden ini yang lazim berulang pada 28 Mei dan 16 Julai memang dipakai pengkaji falak untuk menghitung zenith atau laluan kedudukan matahari tepat di atas Kaabah,” katanya. Peristiwa unik itu kata Azhari yang juga ialah Penasihat Persatuan Falak Syarie Malaysia, menyaksikan zenith melintasi Kaabah pada sudut jam tempatan atau LHA adalah sifar. Justeru, hitung nilai sudut jam Greenwich (GHA) meliputi antara meridian Greenwich dan matahari dengan LHA, yang merujuk meridian Kaabah, akan menunjuk masa sebenar. Sehubungan

“Bukan Dia Buat” – GF Suspek Dakwa Ramai Terlibat Dalam Jenayah Di Sungai Besar

Image
  Kisah mengenai kes pembunuhan kejam seorang wanita yang sedang hamil oleh lelaki dipercayai kekasihnya di Sungai Besar pada Rabu sememangnya mengejutkan ramai. Mana tidaknya, mangsa yang berusia 21 tahun telah ditikam, ditoreh perut dan dibakar sebanyak dua kali oleh teman lelakinya yang dipercayai mahu menutup kehamilan luar nikah wanita itu. Kekasih sebenar nafi ‘pakwe’ bunuh skandal Bagaimanapun, seorang wanita dipercayai seorang lagi kekasih suspek menegaskan lelaki tersebut tidak terlibat tidak membunuh mangsa, sebaliknya hanya terlibat memandangkan ia dilakukan secara beramai-ramai. Kawan dia buat, bukan  ‘Mat Motor’ tular 1 Malaysia Dalam pada itu, turut tular sebuah tangkap layar ruangan komen daripada seorang pengguna Facebook menjelaskan perkara sebenar mengenai ‘individu’ terlibat dalam kes pembunuhan tersebut. Jelas pengguna dikenali Firdaus Zaki, gambar lelaki yang tular di media sosial kini bukanlah pembunuh mangsa, sebaliknya individu lain. “Budak

[VIDEO] Cubaan MY AIRLINE Halau Anak Usia 2 Tahun Dari Pesawat Yang Sedang Berlepas

Image
  Bunyi agak melampau tapi hakikatnya benda ni terjadi pada aku, wife dan anak aku yang memang kitorang akan ingat sampai bila-bila. Untuk korang yang selalu travel atau plan untuk travel dengan anak kecik dengan flight, semoga sharing ni dapat membantu. Maaf kalau posting yang sebelum ni agak samar2 sebab kejadian baru je berlaku beberapa jam sebelum aku buat posting tu (sebab terlalu penat dan kecewa akibat flight yang delay dan insiden yang terjadi). Susulan dari posting yang sebelum ni, aku nak cerita sikit ape yang berlaku sepanjang insiden. 24 May 2023 (LGK-KUL) Flight Z97704 LANGKAWI AIRPORT Insiden bermula dari Airport Langkawi. Aku dah buat web check in sehari sebelum disebabkan flight balik tak open lagi sebelum aku datang ke Langkawi (21 May 2023). Aku pernah di SOUND oleh Ground Staff My Airline di KLIA2 masa flight ke KBR. Diorang suruh print boarding pass sebab diorang tak terima e-boarding pass kalau lebih dari 1 orang dalam 1 phone, katanya 1 phone 1 board

Perlukan Banyak Duit Untuk Misi Mencari Hawari Pendaki Negara, Kerajaan Peruntuk RM1.48 Juta

Image
  Terkini, Kementerian Belia dan Sukan dalam satu kenyataan memperuntukkan RM1.48 juta bagi menampung kos yang diperlukan. Dana itu adalah daripada kerajaan kerana SAR dikendalikan oleh kerajaan Malaysia, termasuk Kementerian Belia dan Sukan; Kementerian Kewangan dan Kementerian Luar. Ini adalah anggaran kos SAR dan kita perlu bertindak cepat memandangkan ada tempoh sehingga 28 Mei untuk operasi. – Kata Ketua Setiausaha kementerian Dr K. Nagulendran. Dana itu akan digunakan untuk membayar 6 sherpa (pengiring jalan) dan helikopter yang telahpun digunakan ketika ini untuk misi mencari dari atas udara. Sama-sama kita doakan agar Hawari dijumpai dalam keadaan selamat dan dapat pulang ke tanah air dengan segera. Kredit: mStar

7 Tahun Menanti, Akhirnya Dapat Kembar 4, Kesemuanya ANAK ISTIMEWA, Suami Isteri Syukur, Reda

Image
  Dapat kembar 4. Siapa sangka, penantian selama bertahun-tahun, akhirnya pasangan ini dikurniakan zuriat sendiri. Bukan seorang atau dua orang tapi rezekinya diberikan anak perempuan kembar empat.   Inilah penantian yang ditunggu-tunggu selama tujuh tahun untuk menimang cahaya mata. Namun, tiada siapa sangka, dalam kegembiraan itu, pasangan ini diuji sekali lagi apabila keempat-empat anak kembarnya mengalami masalah kurang upaya intelektual. Ibu kepada anak perempuan kembar 4 itu, Norhayu Mat Hanafi, 41 tahun, mengakui rumahtangga yang dibina sejak tahun 2003 sangat sunyi tanpa anak selama enam tahun sebelum disahkan hamil. Dapat Kembar 4, Anak Istimewa Lebih mesra disapa Ayu, katanya hanya Allah saja yang tahu perasaannya apabila menerima perkhabaran yang amat menggembirakan itu. “Saya dan suami cuba pelbagai cara termasuk melakukan pemeriksaan kesihatan. Pernah terfikir ingat selepas lima tahun kalau tak ada rezeki, kami bercadang untuk mengambil a

Imam rebah, meninggal dunia selepas set pertama main badminton

Image
  Imam Masjid Jamek Pasir Pelangi di Johor Bahru, Nur Nikman Yusof meninggal dunia ketika bermain badminton di Dewan Li Chi dekat Kampung Abdullah di sini, malam tadi. Difahamkan, Allahyarham juga mantan Imam Masjid Bandar Labis rebah secara tiba-tiba sebelum disahkan meninggal dunia. Rakannya, Mohamad Abdullah, 49, yang pernah bertugas bersama Nur Nikman sebagai imam di Masjid Bandar Labis, dan menyifatkan arwah seorang imam ratib yang berdedikasi menjalankan tugas serta amanahnya. “Lewat malam tadi, saya mendapat perkhabaran duka dan menyedihkan, rakan imam yang sama pernah berkhidmat di Masjid Bandar Labis, Ustaz Nur Nikman meninggal dunia. “Dia rebah selepas bermain badminton dan tidak berjaya dipulihkan serta disahkan meninggal dunia,” katanya ditemui di Labis hari ini Katanya, Nur Nikman berasal dari Pokok Sena, Kedah dan dengan usaha serta sumbangan jasanya yang turut aktif menjadikan masjid Labis pusat aktiviti pengajian Islam dan al-Quran Di Masjid Bandar Lab

Restoran Masakan Thai Viral Didakwa Cekik Darah, Pemilik restoran dedahkan sudah dapat ‘Green Light’ KPDN

Image
  BARU-BARU  ini tular mengenai harga makanan sebuah restoran sajian masakan Thai di Kuala Lumpur yang didakwa cekik darah. Ia susulan akaun media sosial Restoran Maluri Tomyam berkongsikan insiden pelanggan yang enggan membayar selepas menikmati hidangan. Namun begitu, warga maya sebaliknya mengecam harga yang dipaparkan dalam perkongsian kisah itu yang bagi mereka tidak masuk akal. Set tomyam udang galah di Restoran Maluri. Bercakap kepada  mStar,  Putri Nurul Balqis, 40, yang merupakan isteri kepada Roazwan Zaibidi, 38, pemilik Restoran Maluri Tomyam menceritakan perkara yang sebenarnya. “Ramai yang marah dengan harga tu tak pernah datang pun ke restoran kami.  Market  kami adalah berbeza, kami adalah kedai tomyam  premium , kami bukannya kedai tomyam yang biasa-biasa di tepi jalan. “Selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kami perasan  trend  pelanggan berbeza. Kami ada hadiri satu seminar food and beverage (F&B), mereka cakap kami kena tawarkan sesuatu yang