Tragedi 31 julai 1988, ini kisah bagaimana terminal feri Pulau Pinang boleh runtuh

 

Masihkah anda ingat satu tragedi yang berlaku dalam negara kita pada tarikh 31 Julai 1988? 

Pada tarikh tersebut, berlaku sebuah peristiwa yang menggemparkan rakyat Malaysia.

Sebuah terminal feri yang dikenali sebagai Pangkalan Sultan Abdul Halim di Pulau Pinang telah roboh pada pukul 4:40 petang akibat jumlah muatan yang berlebihan.

Tragedi itu mengorbankan 32 nyawa manakala 1,543 lagi cedera.

Mengikut kronologi, terminal feri tersebut dilaporkan sesak sejak awal pagi akibat kemasukan ribuan pengunjung yang ingin menyeberang ke Pulau Pinang.

Pengunjung yang terdiri daripada kaum Cina dari dalam dan luar negara berpusu-pusu datang ke situ bagi meraikan dua perayaan, iaitu Pesta Dewi Kwan Yin di Georgetown dan sambutan ulang tahun Gereja St Anne, di Bukit Mertajam.

Jambatan Pulau Pinang turut ditutup pada kenderaan awam untuk mengelakkan kesesakan ketika perarakan itu berlangsung. Disebabkan itu, pengunjung yang ingin menyertai perarakan tersebut terpaksa menggunakan feri.

Kehadiran pengunjung yang mahu ke Pulau Pinang yang dianggarkan lebih 10,000 orang telah memaksa pihak bertanggungjawab menutup pintu masuk ke kawasan pangkalan yang satu-satunya menjadi pintu masuk ke Georgetown.

Di tingkat satu iaitu laluan pejalan kaki pangkalan berkenaan turut ditutup tetapi jumlah orang yang terlalu ramai menyebabkan anggota keselamatan yang berkawal ketika itu tidak dapat menyekat kemasukan pengunjung yang datang berbondong-bondong.

Lebih memburukkan situasi, keadaan di kawasan itu mula menjadi kelam-kabut selepas sebuah feri yang datang dari arah Pulau Pinang menghampiri jeti tersebut. Tanpa menghiraukan arahan daripada pihak berkuasa, para pengunjung meluru dan berebut-rebut memasuki ruang pintu utama untuk memasuki feri yang baru tiba.

Malang tidak berbau, ketika para pengunjung di situ sedang berebut memasuki feri, mereka dikejutkan dengan satu dentuman bunyi dan gegaran yang sangat kuat. Dalam sekelip mata, pelantar jeti setinggi lima meter yang dibina pada tahun 1956 itu runtuh dipercayai akibat terlalu berat untuk menampung beban kemasukan ribuan pengunjung yang ingin menyeberang ke Pulau Pinang sejak pagi hari kejadian.

Jeti yang runtuh itu mengakibatkan pengunjung yang berada di situ menggelongsor dan terjatuh ke dalam laut, manakala tiang dan kayu binaan berat turut menghempap mereka. Ekoran kejadian itu, keadaan menjadi huru-hara apabila ribuan pengunjung yang berada di kawasan itu cuba lari menyelamatkan diri. Namun, hanya sebilangan kecil sahaja berjaya meloloskan diri dan selebihnya terperangkap di dalam runtuhan tersebut.

Pemandangan ngeri dan menyayat hati kelihatan di tapak runtuhan itu. Seorang pekerja jeti yang sebelum itu sibuk melarang orang ramai memasuki kawasan berkenaan kerana sudah terlalu sesak, kelihatan tertiarap dihempap tiang terminal sebesar pemeluk sehingga dadanya menjadi leper dan tidak boleh digerakkan.

Hanya kepalanya saja tertoleh ke kiri ke kanan meminta tolong.

Di satu sudut lain pula, seorang pelancong yang sebelum itu sibuk dengan kamera videonya merakam pemandangan kesesakan di situ dilihat berlumuran darah di bahagian kepalanya.

Sebuah stesen bas berhampiran iaitu stesen bas Butterworth penuh dengan mangsa yang berjaya diselamatkan. Mereka menenangkan diri di situ selepas berjaya keluar dari lokasi tragedi.

Akibat daripada kejadian tersebut, satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat punca terminal jeti tersebut runtuh. Selepas siasatan rapi dijalankan, badan kerajaan tersebut mendapati sistem yang diguna pakai Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang tidak berkesan untuk mengawal jumlah orang yang terlalu ramai sehingga mencetuskan kesesakan yang luar biasa di dalam pangkalan terbabit.

Pangkalan Sultan Abdul Halim dibina pada tahun 1956. Tiangnya diperbuat daripada besi konkrit dan lantainya dari papan tebal. Gelegar lantai, pagar dan dinding diperbuat daripada besi tumpat, melintasi ruang laluan kereta di sebelah bawah.

Pangkalan ini mempunyai dua tingkat. Tingkat bawah untuk laluan kenderaan keluar dan masuk. Tingkat atas pula untuk laluan penumpang dari stesen bas Butterworth.

Pun begitu, apabila ribuan pengunjung berasak-asak memijak tingkat atas dalam waktu yang sama, akhirnya ia runtuh kerana tidak mampu menampung berat yang melampau.

Kenangan feri Pulau Pinang telah di abadikan menjadi keychain.

 

 

Comments

Popular posts from this blog

Wanita murung nampak tuan rumah warga Singapura hidu ‘spender’ merah… Londeh tuala sambil onani dalam bilik sewa

Adik bongsu Tuan Guru Nik Aziz, Tuan Guru Nik Razi meninggal dunia

[VIDEO] Meremang! Viral Sosok Hitam Tinggi Muncul Di Ruangan ICU Jam 3 Pagi