Posts

[Video] Nyawa ‘limited edition’, ramai terkelu lidah lihat ‘superwomen’ bertudung

Image
  Lagak aksi ngeri bagi sesetengah  penunggang motosikal  amat membimbangkan  pengguna jalan raya  lain terutama di lebuh raya kerana ia boleh menyebabkan kemalangan seperti yang berlaku baru-baru ini. Namun, aksi menunggang secara berbahaya ini bukan sahaja dilakukan oleh golongan lelaki, bahkan  kaum wanita  turut tidak ketinggalan menunjukkan kehebatan mereka di jalan raya kepada pengguna lain. ‘Superwomen’ berhijab beraksi Ia jelas terbukti dapat dilihat menerusi hantaran tular di platform Twitter @mynewshub hari ini apabila kelihatan sekumpulan penunggang motosikal wanita menunggang dengan bahaya. Menerusi video tersebut, kelihatan mereka yang  memakai tudung  menunggang secara bahaya selain menunjukkan  aksi ‘superwomen’  dan menukar lorong sesuka hati. Betul-betul tak sayang nyawa... pic.twitter.com/c88GzEWd8R — MYNEWSHUB (@mynewshub) July 10, 2023 Bagaimanapun, tiada butiran lanjut dikongsikan mengenai lokasi mahupun waktu video tersebut dirakam, namun ia telah tular di

[VIDEO] Bayi Setahun Lemas Jatuh Dari Pelampung, Penduduk Dakwa Tempat Kejadian Ada Cerita Misteri

Image
  Baru-baru ini kecoh mengenai seorang bayi lelaki yang baru saja berusia setahun tujuh bulan ditemui mati lemas gara-gara terlepas daripada pegangan bapanya ketika berkayak di Sungai Ketil, Lubuk Pedati, Baling. Allahu.. Menurut leporan  Kosmo , bayi yang dikenali sebagai Adryan Mikhael Muhammad Afiq itu telah dijumpai di Kampung Sungai Limau dengan bantuan orang awam dan penduduk kampung. Terkini! Kejadian lemas membabitkan bayi lelaki itu telah mengejutkan penduduk di situ dan perkara ini dikatakan sendiri seorang penduduk kampung, Razali Hanapiah. Air sungai dikatakan agak deras dan keruh pada hari kejadian kerana hujan lebat pada malam sebelumnya. Bukan kita halang pengunjung ke sini untuk beriadah tetapi perlu tengok pada kesesuaian waktu dan keadaan sungai. Bukan itu sahaja, Razali memaklumkan keadaan sungai itu agak dalam, arus berpusar, berbatu, terdapat jeram, dan apabila hari hujan air sungai akan menjadi deras dan tidak sesuai untuk melakukan aktiviti air.

Penunggang Lawan Arus Sebabkan Kematian Mengaku OKU Dan Sakit Mental

Image
  Jun lalu, tular di media sosial penunggang motosikal Ducati, Ahmad Fadzil Omar Azaddin maut disebabkan seorang penunggang lain yang secara tiba-tiba lawan arus. Dalam prosiding yang berlangsung hari ini, suspek dikenali Mudzyadaha Mohammad mengaku orang kurang upaya (OKU) dan menerima rawatan sebagai pesakit mental. Peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Izleen Ismail berkata, anak guamnya mendapatkan ubat untuk rawatan psikiatri selain mendapat surat rujukan daripada doktor semasa ditahan di sebuah hospital di Kajang Malah, anak guamnya merupakan seorang penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).   Penunggang Ducati maut jatuh 'flyover' elak motosikal lawan arus Seorang lelaki maut tercampak daripada motosikal berkuasa tinggi, jatuh dari flyover di susur Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (SUKE) menghala Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di sini pada Rabu. Ini bebenang pendek pic.twitter.com/cB9uVzbQZP — Yon ❼ (@Amrlamnnn) June 14, 2023 Sema

Wanita murung nampak tuan rumah warga Singapura hidu ‘spender’ merah… Londeh tuala sambil onani dalam bilik sewa

Image
  SEORANG  wanita warganegara Malaysia trauma apabila melihat pemilik rumah sewanya di Singapura melakukan sesuatu yang menjijikkan. Melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV), wanita itu melihat tuan rumah berkenaan beronani menggunakan seluar dalamnya. Melalui satu hantaran tular di Facebook, wanita itu bersama teman lelakinya dikatakan menyewa sebuah bilik tidur di rumah flat yang mempunyai jumlah empat bilik. Menurut teman lelaki mangsa, terdapat sepasang lagi warganegara Malaysia turut menyewa di dalam rumah flat yang sama. “Kami pindah masuk pada bulan Jun tahu lepas, penyewa sebelum kami maklumkan yang tuan rumah selalu bawa calon penyewa untuk melihat kediaman ketika ketiadaan orang di rumah. “Jadi sebagai langkah berjaga-jaga, kami pasang CCTV dalam bilik tidur pada November tahun lalu,” ujarnya. Namun begitu, pada 17 Mei, mangsa menerima notifikasi ketika dia sedang bekerja mengatakan ada seseorang memasuki biliknya. Apabila dia memeriksa rakaman CCTV itu, dia

“Penat juga jadi perempuan ni” – Insiden di lif buat lelaki tersentuh hati, baru sedar cabaran jadi wanita

Image
  WANITA  hari ini sering ‘menjenamakan’ diri mereka sebagai insan yang kuat dan mampu berdikari. Bagaimanapun, kaum Hawa pada fitrahnya memerlukan sistem sokongan yang kukuh untuk membimbing dan melindungi mereka. Begitulah apa yang dapat disimpulkan lelaki ini melalui pemerhatiannya ke atas gerak-geri dan personaliti seorang wanita yang ditemuinya. Ciapan asal di Twitter. Melalui satu perkongsian di Twitter, lelaki itu berkata dia berasa simpati dengan liku-liku yang perlu dihadapi rata-rata wanita. “Tadi balik kerja rasa penat. Rumah aku di tingkat dua dan aku  parking  kereta di tingkat satu. Aku tunggu lif dan di depan aku ada seorang perempuan yang aku tidak kenali. “Nampak dia macam penat. Lagi kesian, apabila lif dibuka, semua lelaki dalam tu. Dia tak berani masuk. Aku sebagai lelaki teruskan masuk. “Ia buat aku terfikir. Penat juga jadi perempuan ni. Rasa kesian tu datang menjelma,” kata lelaki itu bermain dengan mindanya. Berdasarkan pemerhatiannya lelaki it

Masa belajar dah pandai bawa balik jantan, siap tidur sebilik… Rakan serumah naik rimas, netizen cadang rancang tangkap basah!

Image
  SUDAH  menjadi kelaziman bagi golongan pelajar ataupun mereka yang masih bujang menyewa sebuah rumah beramai-ramai untuk menjimatkan kos. Bagaimanapun tinggal serumah dengan rakan-rakan sudah pasti ada pro dan kontranya. Daripada sudut positif, kadar sewaan bagi setiap orang akan rendah kerana dibahagikan mengikut bilangan penghuni. Namun memandang ke sudut negatif pula, tidak semua penghuni atau  housemate  mempunyai perangai ‘sekepala’, tidak berkira, saling menghormati dan bertolak ansur. Dalam satu perkongsian oleh seorang gadis di media sosial, dia meluahkan rasa kurang senang dengan sikap salah seorang rakan serumahnya yang gemar membawa pulang teman lelaki. Luahan yang dikongsikan individu berkenaan di laman sosial. “Kami gadis, tinggal rumah sewa dekat kondominium sekitar Kuala Lumpur. Seorang  housemate  ni selalu sangat bawa  boyfriend  masuk rumah. “Kadang-kadang, malam pukul 11 tengah buat  assignment , dia datang cakap  ‘boyfriend aku nak masuk rumah kejap

‘Lembaga hitam berkepala 2 memanggil dalam hutan’

Image
  “Selama 14 hari kami bertarung nyawa dengan hanya minum air sungai dan makan buah jambu hutan. “Saya juga bimbang anak saudara (Al-Fajri) tidak dapat bertahan selain khuatir sesuatu yang buruk terjadi seperti serangan binatang buas,” kata Iwan Musakir, 33, yang  dilaporkan hilang bersama anak saudarany a Al-Fajri Anto, 11, ketika keluar berburu sejak 24 Jun lalu. Berkongsi detik kejadian itu, Iwan berkata mereka mahu beredar dari lokasi berburu, namun singgah berteduh di bawah pokok berikutan hujan renyai. Bagaimanapun katanya, mereka gagal mencari jalan keluar termasuk cuba menyusuri semula laluan asal namun sebaliknya semakin sesat jauh ke dalam hutan. “Keadaan ketika itu sudah mula gelap dan kami mengambil keputusan untuk terus berjalan mencari jalan keluar namun tidak berjaya. “Kami mencari air sungai untuk minum dan sesekali bertuah apabila terjumpa buah hutan seperti jambu batu untuk dimakan,” katanya ketika ditemui di Unit Kecemasan Hospital Tawau, di sini, hari