Posts

Showing posts from July, 2023

[Video] Nyawa ‘limited edition’, ramai terkelu lidah lihat ‘superwomen’ bertudung

Image
  Lagak aksi ngeri bagi sesetengah  penunggang motosikal  amat membimbangkan  pengguna jalan raya  lain terutama di lebuh raya kerana ia boleh menyebabkan kemalangan seperti yang berlaku baru-baru ini. Namun, aksi menunggang secara berbahaya ini bukan sahaja dilakukan oleh golongan lelaki, bahkan  kaum wanita  turut tidak ketinggalan menunjukkan kehebatan mereka di jalan raya kepada pengguna lain. ‘Superwomen’ berhijab beraksi Ia jelas terbukti dapat dilihat menerusi hantaran tular di platform Twitter @mynewshub hari ini apabila kelihatan sekumpulan penunggang motosikal wanita menunggang dengan bahaya. Menerusi video tersebut, kelihatan mereka yang  memakai tudung  menunggang secara bahaya selain menunjukkan  aksi ‘superwomen’  dan menukar lorong sesuka hati. Betul-betul tak sayang nyawa... pic.twitter.com/c88GzEWd8R — MYNEWSHUB (@mynewshub) July 10, 2023 Bagaimanapun, tiada butiran lanjut dikongsikan mengenai lokasi mahupun waktu video tersebut dirakam, namun ia telah tular di

[VIDEO] Bayi Setahun Lemas Jatuh Dari Pelampung, Penduduk Dakwa Tempat Kejadian Ada Cerita Misteri

Image
  Baru-baru ini kecoh mengenai seorang bayi lelaki yang baru saja berusia setahun tujuh bulan ditemui mati lemas gara-gara terlepas daripada pegangan bapanya ketika berkayak di Sungai Ketil, Lubuk Pedati, Baling. Allahu.. Menurut leporan  Kosmo , bayi yang dikenali sebagai Adryan Mikhael Muhammad Afiq itu telah dijumpai di Kampung Sungai Limau dengan bantuan orang awam dan penduduk kampung. Terkini! Kejadian lemas membabitkan bayi lelaki itu telah mengejutkan penduduk di situ dan perkara ini dikatakan sendiri seorang penduduk kampung, Razali Hanapiah. Air sungai dikatakan agak deras dan keruh pada hari kejadian kerana hujan lebat pada malam sebelumnya. Bukan kita halang pengunjung ke sini untuk beriadah tetapi perlu tengok pada kesesuaian waktu dan keadaan sungai. Bukan itu sahaja, Razali memaklumkan keadaan sungai itu agak dalam, arus berpusar, berbatu, terdapat jeram, dan apabila hari hujan air sungai akan menjadi deras dan tidak sesuai untuk melakukan aktiviti air.

Penunggang Lawan Arus Sebabkan Kematian Mengaku OKU Dan Sakit Mental

Image
  Jun lalu, tular di media sosial penunggang motosikal Ducati, Ahmad Fadzil Omar Azaddin maut disebabkan seorang penunggang lain yang secara tiba-tiba lawan arus. Dalam prosiding yang berlangsung hari ini, suspek dikenali Mudzyadaha Mohammad mengaku orang kurang upaya (OKU) dan menerima rawatan sebagai pesakit mental. Peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Izleen Ismail berkata, anak guamnya mendapatkan ubat untuk rawatan psikiatri selain mendapat surat rujukan daripada doktor semasa ditahan di sebuah hospital di Kajang Malah, anak guamnya merupakan seorang penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).   Penunggang Ducati maut jatuh 'flyover' elak motosikal lawan arus Seorang lelaki maut tercampak daripada motosikal berkuasa tinggi, jatuh dari flyover di susur Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (SUKE) menghala Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di sini pada Rabu. Ini bebenang pendek pic.twitter.com/cB9uVzbQZP — Yon ❼ (@Amrlamnnn) June 14, 2023 Sema

Wanita murung nampak tuan rumah warga Singapura hidu ‘spender’ merah… Londeh tuala sambil onani dalam bilik sewa

Image
  SEORANG  wanita warganegara Malaysia trauma apabila melihat pemilik rumah sewanya di Singapura melakukan sesuatu yang menjijikkan. Melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV), wanita itu melihat tuan rumah berkenaan beronani menggunakan seluar dalamnya. Melalui satu hantaran tular di Facebook, wanita itu bersama teman lelakinya dikatakan menyewa sebuah bilik tidur di rumah flat yang mempunyai jumlah empat bilik. Menurut teman lelaki mangsa, terdapat sepasang lagi warganegara Malaysia turut menyewa di dalam rumah flat yang sama. “Kami pindah masuk pada bulan Jun tahu lepas, penyewa sebelum kami maklumkan yang tuan rumah selalu bawa calon penyewa untuk melihat kediaman ketika ketiadaan orang di rumah. “Jadi sebagai langkah berjaga-jaga, kami pasang CCTV dalam bilik tidur pada November tahun lalu,” ujarnya. Namun begitu, pada 17 Mei, mangsa menerima notifikasi ketika dia sedang bekerja mengatakan ada seseorang memasuki biliknya. Apabila dia memeriksa rakaman CCTV itu, dia

“Penat juga jadi perempuan ni” – Insiden di lif buat lelaki tersentuh hati, baru sedar cabaran jadi wanita

Image
  WANITA  hari ini sering ‘menjenamakan’ diri mereka sebagai insan yang kuat dan mampu berdikari. Bagaimanapun, kaum Hawa pada fitrahnya memerlukan sistem sokongan yang kukuh untuk membimbing dan melindungi mereka. Begitulah apa yang dapat disimpulkan lelaki ini melalui pemerhatiannya ke atas gerak-geri dan personaliti seorang wanita yang ditemuinya. Ciapan asal di Twitter. Melalui satu perkongsian di Twitter, lelaki itu berkata dia berasa simpati dengan liku-liku yang perlu dihadapi rata-rata wanita. “Tadi balik kerja rasa penat. Rumah aku di tingkat dua dan aku  parking  kereta di tingkat satu. Aku tunggu lif dan di depan aku ada seorang perempuan yang aku tidak kenali. “Nampak dia macam penat. Lagi kesian, apabila lif dibuka, semua lelaki dalam tu. Dia tak berani masuk. Aku sebagai lelaki teruskan masuk. “Ia buat aku terfikir. Penat juga jadi perempuan ni. Rasa kesian tu datang menjelma,” kata lelaki itu bermain dengan mindanya. Berdasarkan pemerhatiannya lelaki it

Masa belajar dah pandai bawa balik jantan, siap tidur sebilik… Rakan serumah naik rimas, netizen cadang rancang tangkap basah!

Image
  SUDAH  menjadi kelaziman bagi golongan pelajar ataupun mereka yang masih bujang menyewa sebuah rumah beramai-ramai untuk menjimatkan kos. Bagaimanapun tinggal serumah dengan rakan-rakan sudah pasti ada pro dan kontranya. Daripada sudut positif, kadar sewaan bagi setiap orang akan rendah kerana dibahagikan mengikut bilangan penghuni. Namun memandang ke sudut negatif pula, tidak semua penghuni atau  housemate  mempunyai perangai ‘sekepala’, tidak berkira, saling menghormati dan bertolak ansur. Dalam satu perkongsian oleh seorang gadis di media sosial, dia meluahkan rasa kurang senang dengan sikap salah seorang rakan serumahnya yang gemar membawa pulang teman lelaki. Luahan yang dikongsikan individu berkenaan di laman sosial. “Kami gadis, tinggal rumah sewa dekat kondominium sekitar Kuala Lumpur. Seorang  housemate  ni selalu sangat bawa  boyfriend  masuk rumah. “Kadang-kadang, malam pukul 11 tengah buat  assignment , dia datang cakap  ‘boyfriend aku nak masuk rumah kejap

‘Lembaga hitam berkepala 2 memanggil dalam hutan’

Image
  “Selama 14 hari kami bertarung nyawa dengan hanya minum air sungai dan makan buah jambu hutan. “Saya juga bimbang anak saudara (Al-Fajri) tidak dapat bertahan selain khuatir sesuatu yang buruk terjadi seperti serangan binatang buas,” kata Iwan Musakir, 33, yang  dilaporkan hilang bersama anak saudarany a Al-Fajri Anto, 11, ketika keluar berburu sejak 24 Jun lalu. Berkongsi detik kejadian itu, Iwan berkata mereka mahu beredar dari lokasi berburu, namun singgah berteduh di bawah pokok berikutan hujan renyai. Bagaimanapun katanya, mereka gagal mencari jalan keluar termasuk cuba menyusuri semula laluan asal namun sebaliknya semakin sesat jauh ke dalam hutan. “Keadaan ketika itu sudah mula gelap dan kami mengambil keputusan untuk terus berjalan mencari jalan keluar namun tidak berjaya. “Kami mencari air sungai untuk minum dan sesekali bertuah apabila terjumpa buah hutan seperti jambu batu untuk dimakan,” katanya ketika ditemui di Unit Kecemasan Hospital Tawau, di sini, hari

Hina pelanggan di media sosial, barista serta merta dipecat majikan

Image
  Media sosial sememangnya tempat orang ramai mengeluarkan pendapat masing-masing. Namun, sebaiknya setiap kata-kata yang ditulis perlulah berhati-hati kerana ramai mata yang melihat. Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pengguna Twitter yang dipercayai  seorang barista apabila mengeluarkan kata-kata kurang sopan kepada pelanggan  di media sosial miliknya. Tahu pelanggan yang bodoh Menerusi ciapan yang dibuat barista tersebut, dia mengatakan yang sebagai seorang barista, dia  tahu memilih pelanggan yang ‘bodoh’ untuk dipaksa menambah pesanan . Selang beberapa hari, dia telah membuat naik lagi ciapan beserta gambar memakai uniform kedai kopi terkenal dengan mengatakan sudah dipecat oleh majikan disebabkan ciapan tersebut. Lain kali jangan tayang bodoh tu dekat orang Perkongsian dirinya telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata memerli lelaki terbabit disebabkan tindakannya memperbodoh  pelanggan di media sosial. Salah sendiri kan? Memang patut pun J

[VIDEO] Siapa dengki? Selepas kedai dibakar, suami isteri cedera disimbah asid pula

Image
  Sepasang suami isteri  mengalami kecederaan pada bahagian mata dan badan selepas didakwa  disimbah asid  oleh seorang individu tidak dikenali dalam kejadian di pintu lif di sebuah pangsapuri di Batu Caves, Selangor. Perkara itu dikongsi seorang kenalan pasangan tersebut, Khairy Adli menerusi satu hantaran di dalam group ‘Gombak Food Delivery’ di laman Facebook. Disyaki jadi mangsa dengki? Khairy berkata, pasangan peniaga roti nan itu disyaki menjadi mangsa dengki individu tertentu dimana kedai perniagaan mereka telah  hangus dijilat api dalam kebakaran  yang berlaku bulan lalu. “Mangsa pemilik kedai makan, jual roti nan di Selayang. Memang tak selamat nak berniaga di kawasan tu. Orang dengki banyak. “Saya pernah makan kedai mereka. Memang sedap dan ramai pelanggan. Bukan sekali dua perkara begini jadi pada mangsa, tapi mereka bangun dan masih berniaga, tak sangka dah sampai main bakar kedai dan simbah asid,”  tulisnya. Menerusi hantaran tersebut, dia memuat naik raka

‘Ibu nampak abang cekik adik melalui CCTV’

Image
  “Saya tak sangka kejadian berlaku depan mata kerana abangnya sebelum ini memang budak baik. Cuma baru-baru ini dia mengalami trauma kerana mendakwa menjadi mangsa buli di sekolah dan pernah meracau, namun dikatakan telah sembuh selepas dibawa berubat”. Itu dakwaan saksi kejadian kes seorang kanak-kanak lelaki sembilan tahun yang maut dipercayai dicekik abang kandungnya berusia 14 tahun di Kampung Bukit Piatu di sini. Wanita berumur 31 tahun yang juga jiran mangsa berkata, kejadian tersebut disedari ibu kedua beradik itu melalui kamera litar tertutup (CCTV) diakses menggunakan telefon pintarnya, kira-kira pukul 12 tengah hari tadi. Katanya, semasa insiden hanya mangsa dan suspek sahaja berada dalam rumah berkenaan manakala ibu bapa mereka sedang bekerja. Jelasnya, mangsa sepatutnya pergi ke sekolah pada waktu kejadian, namun tidak hadir kerana berasa kurang sihat. “Ibu mereka yang ketika itu sedang bekerja telah menghubungi saya meminta bantuan memeriksa keadaan, kera

Anak Menteri Diperiksa Ada Dalam Bilik Pusat Hiburan Dan Ada Dadah

Image
  Seorang anak menteri diperiksa pihak polis selepas didapati masih berada dalam pusat hiburan yang beroperasi lebih masa. Serbuan dilakukan di sebuah pusat hiburan di Langkawi Serbuan ini disahkan Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari di mana ia dilakukan pada 29 Jun, jam 2 pagi. Anak menteri tak ditahan sebab negatif dadah… Di dalam pemeriksaan itu, dua orang lelaki tempatan ditahan kerana positif dadah namun mereka tiada kaitan dengan mana-mana ahli politik. Pihak polis bagaimanapun tidak menahan anak menteri terbabit selepas ujian saringan air kencing negatif dadah. Tiga orang individu didapati berada di dalam bilik VIP dan pihak polis menemui ganja dan kokain. Pihak polis kemudian hanya memasukkan mereka yang positif dadah ke dalam lokap. Kredit:  Malaysiakini

[VIDEO] Abang Cameron Highland mohon maaf, elak keluarga & kereta lain jatuh gaung

Image
  Sebelum ini, tular rakaman video memaparkan seorang  lelaki berbadan sado berbaju merah memarahi dan menunjal dahi seorang wanita  yang memandu  Perodua Myvi gara-gara memandu secara merbahaya  sewaktu perjalanan dari  Cameron Highland . Akibat itu, lelaki berkenaan ditahan oleh polis dan dijatuhkan hukuman penjara selama tujuh hari kerana mengaku bersalah atas perbuatan tersebut. Abang ‘Cameron Highland’ mohon maaf Terbaharu, dia yang dikenali Mohammad Zaim Faiz Tarmizi, 29, tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang terkesan dengan insiden berkenaan. “Pertama sekali, saya mahu meminta maaf kepada semua rakyat Malaysia sebab kelakuan saya terhadap seorang wanita kerana menunjal dahi yang berlaku di Jalan Tapah – Cameron Highland,”ujarnya. Muhammad Zaim Faiz juga berharap agar orang tidak lagi memberi sebarang komen atau ulasan yang negatif terhadap insiden yang berlaku sebelum ini, namun mengaku bersalah kerana menunjal dahi pema

Penjelasan Mufti tentang trend kongsi ibadat di media sosial, sambil tawaf pun nak buat live

Image
  IBADAH  haji merupakan rukun Islam kelima yang wajib dilakukan oleh umat Islam yang berkemampuan. Bukan sekadar ritual agama yang dilakukan pada bulan Zulhijjah, pelaksanaannya bertujuan untuk menyelami pengorbanan Nabi Ibrahim (AS) kepada Allah SWT di samping melatih umat Islam untuk menjadi lebih merendah diri, berdisiplin serta berakhlak baik. Namun, sejak kebelakangan ini, ramai yang gemar berkongsi tentang ibadah yang dilakukan di media sosial terutama sekali ketika melakukan tawaf. Malah baru-baru ini tular rakaman video seorang wanita sedang menari di Makkah untuk membuat ‘content’ media sosial. Ibadah haji dilakukan pada bulan terakhir dalam kalendar Islam. Situasi semasa ini bukan sekadar merosakkan imej Islam malah turut mencemarkan tanah suci yang merupakan kiblat penganutnya. Seorang individu membangkitkan persoalan ini selepas menyedari situasi tersebut menjadi kebimbangan masyarakat, justeru  Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan  menerangkan hukumnya dengan

[VIDEO] Pemandu Lawan Arus Secara ‘Berjemaah’ Undang Bahaya Pengguna Jalan Raya

Image
  Jalan sesak masa musim raya ni biasa lah gais… Takkan tak biasa lagi? Untuk pemandu, bawalah bersabar sikit dan elak jadi punca atau membahayakan pengguna jalan raya lain. Terbaru, tersebar satu video menunjukkan ramai pemandu tanpa rasa bersalah memandu lawan arus disebabkan tak sabar. Rakaman itu berlaku di satu jalan menuju ke negeri cik siti wan kembang di mana ramai pemandu dilihat bertindak melawan arus selepas terpaksa hadap jalan sesak yang lama. Bukan hanya kereta, sebuah bas juga dilihat turut melawan arus kerana barisan kenderaan yang terlalu panjang dan lorong pula cuma ada satu sahaja. Sebelum kita tembak, pernah ke kau jem selama 8-10 jam? Aku respect semangat dia orang untuk balik jugak. Dan sapa babitkan politik, kau mmg level murahan. pic.twitter.com/W6nTSqBjY8 — Hezeri Samsuri (@HezeriSamsuri) June 30, 2023 Bagaimanapun, rata-rata pengguna Twitter tidak bersetuju dengan apa yang dikatakan lelaki berkenaan. Ini kerana tiada apa perlu dikagumkan kerana

Jiwa isteri terseksa, terpaksa hadap ‘drama’ cinta tak jadi… Rupanya suami suka kakak tapi kahwin adik – “Dia pernah bagi bunga, luah perasaan”

Image
  INGIN  menyayangi dan disayangi merupakan lumrah manusia. Namun kadang kala perasaan itu tidak berbalas atas sebab-sebab tertentu. Seperti yang dilalui wanita ini, suami yang disayangi mempunyai perasaan pada kakak kandungnya bahkan pernah meluahkan perasaan dan memberi bunga. Baginya, hal yang diketahui pada awal perkahwinan kira-kira empat tahun lalu tidak ingin diingati. Luahan yang dibuat seorang wanita mengejutkan warga maya. Pun begitu, suaminya seakan tidak boleh melupakan apa yang pernah berlaku walaupun mereka sudah mempunyai seorang cahaya mata. Mana tidaknya, setiap kali ada perjumpaan keluarga pasti suaminya akan mengelak. Terkini, suaminya keluar rumah tanpa sepatah kata sejurus keluarganya datang berziarah di rumah. “Malam tadi pertama kali keluarga saya datang rumah untuk melawat anak saya dan tak sampai seminit, suami terus keluar… tak tahu pergi mana. “Masa keluarga datang, dia tak salam dan keluar rumah pun macam tu saja tanpa kata apa-apa,” luah wa