Penunggang Lawan Arus Sebabkan Kematian Mengaku OKU Dan Sakit Mental

 

Jun lalu, tular di media sosial penunggang motosikal Ducati, Ahmad Fadzil Omar Azaddin maut disebabkan seorang penunggang lain yang secara tiba-tiba lawan arus.

Dalam prosiding yang berlangsung hari ini, suspek dikenali Mudzyadaha Mohammad mengaku orang kurang upaya (OKU) dan menerima rawatan sebagai pesakit mental.

Peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Izleen Ismail berkata, anak guamnya mendapatkan ubat untuk rawatan psikiatri selain mendapat surat rujukan daripada doktor semasa ditahan di sebuah hospital di Kajang

Malah, anak guamnya merupakan seorang penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

 

Semasa kejadian, peguam berkata, tertuduh tidak berfikir dengan waras sehingga berlakunya perlanggaran.

Tambahnya, tekanan perasaan yang dihadapi tertuduh semakin meruncing selepas terlibat dalam kemalangan di mana dia perlu menyara isteri dan tiga anak.

Sebelum ini, dia kehilangan pekerjaan sebagai pengemudi kereta api kemudian mencari rezeki dengan memandu lori.

Timbalan Pendakwa Raya, Annur Athirah Amran tak membantah permohonan peguam untuk membenarkan tertuduh menjalani ujian psikiatri mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah.

Majistret, Amalina Basirah Md Top kemudian mengarahkan tertuduh menjalani ujian psikiatri di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak.

Kredit: Sinar Harian

 

Comments

Popular posts from this blog

Wanita murung nampak tuan rumah warga Singapura hidu ‘spender’ merah… Londeh tuala sambil onani dalam bilik sewa

Adik bongsu Tuan Guru Nik Aziz, Tuan Guru Nik Razi meninggal dunia

[VIDEO] Meremang! Viral Sosok Hitam Tinggi Muncul Di Ruangan ICU Jam 3 Pagi