Mufti Perak putuskan jarak 2 marhalah 81km

 

JABATAN Mufti Perak mengesahkan qasar solat bagi orang bermusafir boleh dilakukan bagi mereka yang menempuhi perjalanan melebihi dua marhalah pada anggaran bermula 81 kilometer (km) sehala.

Kata Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim, pengiraan tersebut dirujuk berdasarkan keputusan jawatankuasa fatwa negeri Perak.

“Ini adalah keputusan menyuarat jawatankuasa negeri Perak. Negeri lain bergantung kepada keputusan negeri masing-masing.

“Keputusan ini juga adalah tidak diwartakan dan hanyalah sebagai satu alternatif bagi jarak dua marhalah kepada yang sudah sedia ada sekarang,” katanya kepada Majoriti.

Datuk Zamri Hashim

Penentuan kadar dua marhalah taqribi (anggaran) pada jarak 81km itu sudahpun diisytiharkan di negeri Perak bagi membolehkan individu bermusafir menunaikan solat jamak dan qasar.

Bagaimanapun ukuran tersebut hanyalah satu anggaran yang bukannya ketepatan (tahdidi).

Untuk info, pengiraan jarak seorang musafir itu dikira selepas 11km perjalanan bermaksud individu terbabit sudah keluar dari kawasan mukim (tempat tinggal).

Sebaik sahaja melepasi jarak 11km dari titik mula (tempat mula bermusafir), maka dibolehkan solat secara jamak taqdim dan qasar kerana sudah keluar melebihi had sempadan kawasan qaryahnya. — Majoriti

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Wanita murung nampak tuan rumah warga Singapura hidu ‘spender’ merah… Londeh tuala sambil onani dalam bilik sewa

Adik bongsu Tuan Guru Nik Aziz, Tuan Guru Nik Razi meninggal dunia

[VIDEO] Meremang! Viral Sosok Hitam Tinggi Muncul Di Ruangan ICU Jam 3 Pagi