Posts

Showing posts from April, 2023

[VIDEO] Mat Rempit Cabar Polis Di Tiktok Akhirnya Di Tangkap Di Tempat Kejadian

Image
  Kejadian malam tadi, seorang mat rempit yg dikenali "adam kilat" mengeluarkan kata-kata kurang enak dan mencabar polis untuk menangkap dirinya di Lebuhraya BKE menerusi TikTok secara 'live'. Tapi tanpa diduga, undangannya disambut oleh Unit MPV PDRM yg kebetulan meronda di kawasan berkenaan. Adegan kejar-mengejar berlaku dan akhirnya suspek tewas ditahan malam tadi.  Kejadian malam tadi, seorang mat rempit yg dikenali "adam kilat" mengeluarkan kata-kata kurang enak dan mencabar polis untuk menangkap dirinya di Lebuhraya BKE menerusi TikTok secara 'live'. Tapi tanpa diduga, undangannya disambut oleh Unit MPV PDRM yg kebetulan meronda di… pic.twitter.com/FEz2sNMNBv — MYNEWSHUB (@mynewshub) April 30, 2023 Klik sini untuk close

[VIDEO] Pelanggan Bengang Nak Beli Nasi Lemak Viral ‘Sold Out’

Image
  Baru-baru ini, sebuah gerai yang menjual nasi lemak di Seri Kembangan telah tular di media sosial kerana nasi lemak yang dijual dikatakan sangat sedap sehingga ramai pelanggan yang sanggup beratur panjang untuk mendapatkannya. Gerai nasi lemak tersebut yang dimiliki oleh wanita India itu dinamakan ‘Akka Nasi Lemak’. Difahamkan, Akka bermaksud kakak dalam bahasa Tamil. Walau bagaimanapun, semalam kecoh di media sosial apabila seorang pelanggan naik berang apabila dia tidak sempat untuk membeli nasi lemak itu. @mathan_raj_777 #loveourfamilylife #tiktokmalaysia #akkanasilemakgaduh #akkanasilemak #fypシ゚viral #motivational #thamizh #serikembangan #priyankachopra #redpanda ♬ original sound - Mathan_$UCCE$$•$GP Difahamkan, nasi lemak itu telah habis dijual sebelum sampai gilirannya untuk membeli makanan kerana orang di depannya telah membeli 50 bungkus nasi lemak. Pelanggan berkenaan telah merakam video ketika kejadian dan memuat naik video itu di TikTok. Kejadi

[VIDEO] Bayi baru lahir ditinggal bawah pokok tanpa sebarang pakaian ataupun alas.

Image
  Seorang wanita terkejut apabila jirannya menjumpai bayi lelaki mempunyai kesan berdarah tanpa tali pusat yang ditinggalkan di atas papan di bawah sebatang pokok berhampiran rumahnya di Kampung Peramu Tanjung Lumpur di sini. Saksi kejadian itu, Norhazilawati Nasron, 31, berkata, kejadian terbabit disedarinya selepas ibu mentua memanggil selepas jirannya yang dikenali Mok Ti telah menjumpai bayi tersebut kira-kira jam 12.30 tengah hari pada Sabtu. View this post on Instagram A post shared by Iesya Toh (@iesyatoh2) Menurutnya, bayi terbabit ditemui tanpa sebarang pakaian ataupun alas. ”Mok Ti bila jumpa (bayi) itu terus panggil ibu mentua saya dan saya diberitahu (oleh ibu mertua) mengenai penemuan bayi tersebut. “Jadi, saya pun keluar rumah dan nampak orang ramai dan Mok Ti sudah angkat, selamatkan dan selimutkan bayi dengan kain batik. ”Kami sendiri tidak sedar bila sebenarnya bayi ini ditinggalkan, sama ada malam tadi atau hari ini. Tapi kalau tengo

Jelmaan ‘sahabat baik’ pulang ke asrama, tak banyak cakap… muncul dalam mimpi berpakaian putih sambil merenung cetus tanda tanya

Image
  CUTI sekolah selama seminggu sempena Aidilfitri sudahpun berakhir. Ini bermakna, Aiza (bukan nama sebenar) harus pulang sehari awal memandangkan dia menginap di asrama. Selepas waktu zohor pada hari terakhir cuti itu, Aiza bersama ibu bapa dan dua adiknya yang masih kecil bertolak dari rumah mereka di Maran, Pahang menuju ke sekolahnya, sebuah sekolah berasrama penuh yang terletak di negeri sama. Selepas bersalaman dengan keluarganya, Aiza pun mengangkat beg menuju dorm yang dihuninya di tingkat tiga. Ketika itu, suasana riuh dengan suara para penghuni asrama yang becok bercerita mengenai kisah raya masing-masing. Aiza segera mempercepatkan langkah kerana dia juga tidak sabar mahu berkongsi cerita dengan sahabat baiknya, Mariam (bukan nama sebenar). “Pasti Mariam dah sampai dorm … rumahnya tak sejauh rumah aku,” bisik hati kecil Aiza. Sewaktu Aiza melangkah masuk ke dalam dorm , kelihatan susuk tubuh sahabat baiknya itu sedang sibuk mengemas pakaian di dalam almari. “Assa

Lelaki Ugut Nak Baling Mercun Pada PM Anwar Ditahan Reman

Image
  Seorang pengguna TikTok yang tular selepas membuat kenyataan berbaur ugutan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) ditahan polis. Lelaki berkenaan yang memuat naik video di TikTok difahamkan mengugut mahu melempar mercun ke arah PMX. Tangkap layar video berkenaan yang tertulis, “Boleh pasang nanti Bang Non mai Klate (Kelantan), kasi ajar sikit” sambil berlatar belakangkan seorang pemuda sedang memegang mercun bola kemudiannya tular di Twitter selepas dikongsikan seorang pengguna. Ada rakyat msia berbangsa melayu yang bodo nak jd mcm sudan Aku cabar ko bakar, kalau sembang je, bak sini kita org lak pi bakar dekat depan muka ko.. pic.twitter.com/ga9WEfRqWv — Mat Sekilau / Membalak 🪵 (@apanakdikato) April 26, 2023 Ditahan pada 10.30 malam semalam (27 April) Menurut Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun, pemuda berusia 24 tahun itu ditahan pada 10.30 malam di pekarangan Balai Polis Binjai, Kota Bharu susulan satu laporan polis yang di

Isteri maut dilanggar suami ketika undur kereta

Image
  Seorang wanita maut dipercayai dilanggar suaminya ketika lelaki berkenaan mengundur keretanya dalam kejadian di Taman Selasih, di sini pada Jumaat. Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Redzuan Salleh berkata, hujan dikatakan lebat ketika kejadian dan suami mangsa yang berusia 60 tahun itu tidak menyedari isterinya berada di belakang kereta tersebut. Beliau berkata, polis menerima laporan pada jam 7 malam dan sepasukan anggota dihantar ke lokasi kejadian dan sebaik tiba mendapati mangsa sudah meninggal dunia. “Suami mangsa ketika itu sedang mengundur kereta jenis Proton Saga dan ketika itu hujan lebat dan pandangan terhad lalu tidak nampak mangsa berada di belakang kenderaan. “Suami mangsa memberhentikan kenderaan selepas terlanggar kereta Perodua Myvi yang sedang parkir di hadapan sebuah rumah,” katanya ketika dihubungi Awani. Mohd Redzuan berkata, hasil siasatan awal polis mendapati kemalangan berlaku semasa mangsa keluar dari kereta kerana tertinggal bar

[VIDEO] Jalan Kaki Menuju Mekah , Lelaki Malaysia dapat perhatian Dunia Media Sosial

Image
  Dari Bidor, Perak berjalan kaki ke Mekah, Arab Saudi Herry Nizam memulakan perjalanan awal minggu ini dari Bidor, Perak. Dia dijangka akan menempuh perjalanan sejauh 10,160 kilometer, total purata masa 84 hari dan 10 jam. Menerusi muatnaik terbarunya di Tiktok, Herry Nizam kini telah tiba di Sadao, Thailand dan merancang untuk meneruskan perjalanan pada hujung minggu. Semoga Allah permudahkan segala urusanmu saudara @herrynizam4 ♬ bunyi asal - Herrynizamshop Klik sini untuk close

Peguam ulas isu Dato Hattan vs Penyampai berita

Image
  Semalam saya terlihat sedutan laporan berita antara penyampai berita dan Dato Hattan. Dato Hattan berulang kali bertanya siapa penulis lirik lagu XPDC. Bagus pembaca berita mengendalikan situasi. Dia cuba juga menjawab dan dia cuba ketawa kecil sedikit. Sudah diberikan jawapan masih lagi, Dato Hattan menyampaikan rasa tidak puas hatinya. “Adoi”. Bila saya baca komen, rata-rata tidak setuju dan marah. Cara pengendalian yang tidak betul. Kalau kita berurusan dengan orang, jangan kaedah ini. Tidak berapa lagendanya kita atau hebatnya kita. Jangan malukan orang lain dan membuatkan dia jelas kelihatan tidak bijak di hadapan orang lain. Pembaca berita atau penyampai berita bukanlah wartawan yang menyingkap atau mengupas setiap satu berita atau segmen yang bakal dia hasilkan. Nama pun penyampai. Sebab itu, ayatnya “Boleh Dato ceritakan.” Kita dengar dari yang lebih berpengetahuan. Sebab itu dalam segmen berita jika ada sesi atau slot, perlu tanya pakar ekonomi, pakar psikolog

[VIDEO] Peny4mun bersenjat4 jln segamat muadzam kena sondol kereta

Image
  Klik sini untuk close

[VIDEO] Lelaki India di Ipoh nekad cabut semua iklan Ahlong, tak gentar diugut

Image
  Episod ngeri hampir tiga tahun menanggung bebanan hutang berjumlah RM20,000 selain selalu diganggu konco along, mendorong lelaki ini ‘melupuskan’ poster tawaran pinjaman wang tidak berlesen di sekitar bandar raya ini sejak sebulan lalu. M Vikram Naidu, 25, berkerja sebagai peronda sekuriti yang diupah untuk menjaga rumah beberapa penduduk di dua kawasan perumahan, di sini, mengakui inisiatif berkenaan dilakukan kerana tidak mahu orang lain terpedaya tawaran itu. @vikramnaidu4488 Black squad security. alongs do not enter at taman rishah ipoh Perak. 🙅‍♂@POLIS DIRAJA MALAYSIA OFFICIAL ♬ Gangsta's Paradise (feat. L.V.) - Coolio Video lelaki itu yang menanggalkan poster tawaran pinjaman wang tidak berlesen, dipasang di pokok dan tiang di beberapa kawasan terutama di kawasan industri sekitar Ipoh mendapat perhatian netizen yang memuji usaha dan keberaniannya. @vikramnaidu4488 #ipohperak #blacksquad #🏴 ♬ original sound - Skwv Vikram48 Vikram Naidu berkata, dia

[Video] Myvi Sangkut, Bumper Jatuh Selepas Potong Q

Image
  Sambutan Hari Raya Aidilfitri menyebabkan lebuhraya sesak bahkan keadaan jalan luar bandar juga dipenuhi kenderaan kerana warga kota pulang ke kampung. Justeru itu, ada pemandu yang akan menggunakan jalan ‘dalam’ mahupun laluan alternatif bagi menghindari trafik sesak di jalan utama. Part 1 @m.a7annnn king problem 🤣 orang lain boleh je ikut que . part 2 menyusul 🤣 #myvi #fyp #setiuterengganu #fypage ♬ Stars - Radio Edit - Ahzee   Part 2 @m.a7annnn Replying to @Jalud_86 @ RHM ♬ Mara Bahaya - Pop Shuvit Apabila ingin keluar ke jalan utama seharusnya sebagai pengguna haruslah berhemah dan mengikut barisan. Jika tidak jadilah seperti pemandu King ini, tindakkannya yang dipercayai cuba memotong ‘Q’ akhirnya memakan diri. Bahkan, tiada seorangpun pengguna jalan raya yang lain membantu pemandu Perodua Myvi berkenaan. Video yang dikongsi pemilik akaun TikTok @m.a7annnn itu menunjukkan Myvi tersebut tersangkut di tebing sekolah. Pemandu cuba bergerak ke depan dan be

[VIDEO] “Mata Gelap, Kemudian Rebah,” – Nadhir Nasar Kena Strok Haba Di Lokasi Shooting

Image
  Gara-gara memuat naik beberapa hantaran yang memaparkan dirinya sedang menerima rawatan di dalam sebuah ambulans, tahap kesihatan pelakon, Nadhir Nasar menimbulkan kerisauan peminat. Bercakap kepada Media Hiburan, Nadhir memaklumkan dirinya telah diserang strok haba sewaktu menjalani penggambaran sebuah filem epik baru-baru ini. @mediahiburanofficial Bila terlampau bersemangat, ada kalanya kita lupa tentang keadaan fizikal kita. Semoga baik-baik sahaja buat Nadhir. #MHnews #MediaHiburan #nadhirnasar ♬ original sound - Media Hiburan “Mata Gelap, Kemudian Rebah,” – Nadhir Nasar Kena Strok Haba Di Lokasi Shooting, Ibu Orang Paling Marah “Pada hari tersebut, saya ada penggambaran bagi babak bertempur. Namun, secara tiba-tiba saya diserang strok haba. Oksigen di dalam badan tidak disalurkan ke kepala. “Ada babak yang memerlukan saya berlari, menjerit serta bertempur dan ia harus dilakukan dalam ‘one take’ sahaja. Mungkin saya telah melebihi tahap kemampuan kerja saya p

Hotel Pilihan Allahyarham Tok Guru Nik Aziz Jika Ke Kuala Lumpur

Image
  Tahukah anda King's Hotel di Chow Kit, KL ini sekali imbas takde apa yg istimewa. Sama macam rumah tumpangan bajet yg biasa kita lihat di mana pun. Tapi inilah dia hotel yg jadi pilihan Allahyarham TGNA waktu 80-an dulu kalau datang ke KL. 1974-1986 TGNA adalah MP Pengkalan Chepa sblm bertanding kerusi Dun. Waktu sidang Parlimen beliau akan menginap di sini keran harga murah sekitar RM25/malam. Padahal kelayakan penginapan utk seorag MP jauh lebih dari itu. Hotel ini juga jadi pilihan kerana dekat dengan Masjid Pakistan. Bilik kegemaran TGNA adlh bilik no 218.  Jadi pilihan kerana toilet asing dengan tempat mandi.  Al-Fatihah buat Ulama yg tak mencari dunia.  Tak kisah duduk hotel biasa asalkan murah & dekat dgn masjid. Satu dalam sejuta!    Perkongsian Ust Nik Omar   Klik sini untuk close

“Makan je boleh, Bungkus tak boleh. Awak tak nak beli, ramai lagi nak beli” – Pemuda kesal tak dapat beli sate untuk Atuk

Image
  Sedikit teguran untuk yang meniaga sate di medan selera Bachok pantai irama.. kami sebagai pelanggan memang faham buka kedai hari raya memang orang ramai lama mana PON sanggup tunggu tak jadi masalah tapi adap anda sebagai peniaga bila orang ramai jangan terlampau sombong dan mendabik dada sangat .. mungkin dalam hati mereka yang meniaga, kau tak nak beli ramai lagi yang nak beli sate aku.. kami pergi ni bayar bukan pergi minta macam peminta sedekah . Situasi saya sebab atok saya sakit teringin nak makan sate… Gi la nak beli, dia cakap bungkus tak boleh ,, makan kat sini Jee… Saya cakap elok-elok ni orang sakit nak makan , sikit PON x pee… Kebetulan saya ada Oder untuk makan sekali , saya cakap, kalau macam tu bungkuskan yang makan tu je … Dia dengan keadaan meninggi suara cakap Ngan pekerja dia supaya nak suruh saya dengar, kan dah cakap makan Jee makan Jee tak faham bahasa ke …. Ingat Akak yang jual sate .. time tak ada orang , bukan main ramah lagi panggil-panggil

Mael XPDC meninggal dunia

Image
  Penyanyi kumpulan rock terkenal XPDC, Mael meninggal dunia di Hospital Muar, sebentar tadi. Perkara ini dikongsikan oleh pengurus mereka, Yazid menerusi Facebooknya. “Innalillahwainnailahirrajiun. Al-Fatihah penyanyi XPDC Syed Ismail Syed Ibrahim (Mael) menghembuskan nafas terakhir di Hospital Muar jam 9 malam ini,” tulisnya. Difahamkan punca kematian belum dapat dipastikan. Sementara itu, salah seorang anggota kumpulan itu Zua ketika dihubungi pula memberitahu dia belum mendapat maklumat lanjut berhubung punca kematian. Dia dijangka bertolak ke Muar selepas subuh nanti. Katanya lagi, Mael kebelakangan ini mengalami masalah semput yang agak kuat. Klik sini untuk close

Anak meninggal akibat strok haba dan dehidrasi

Image
    Perjalanan yg sgt singkat😔😔😔 Raya pertama dan kedua sgt² aktif. . Gi beraya main basikal..sgt² lasak… Raya ke3 hanya demam biasa…dan cirit birit..ibu minitor setiap jam suhu dia…tp x tinggi sgt..37-38 je.. Raya ke4 lpas sbuh ibu nmpak abe lemah sgt..ibu ajok abah gi klinik.siap² pakai baju tiba² abe dah nyetok😭😭😭 Terus bwk klinik pling dekat KK balai.. Smpai sana doc masuk oksigen.. Lpas tu doc masuk branula utk masuk air…tp doc tekan nadi tiba² nadi berhenti😭masa ni jatung ibu pom dah rasa mcm xdok doh😭😭 Semua doc ON call trun sbb ank ibu tiba² colapse😭😭raye ke4 dwrng still cuti sbnr nya..semua doc dah berusaha hbis baik.ibu abah bg jah doc nk buat gpo pom.CPR dan sebagainya..sejam dwrng buat nadi x naik²..doc mx utk ibu n abah redha😭ibu dan abah redha ank… Tepat jam 9.27 am 25/04/2023 doc sahkan abe aqil dah tak de😭😭 Abah gi buat report polis utk prosedure seterusnya..time ni sanak sedara semua trun klinik balai teman ibu.rmai sgt² abe aqil😭syg abe

[VIDEO] Ular jatuh keluar dari Perodua Aruz di Lebuhraya

Image
    Kejadian sehari sebelum hari raya di Lebuhraya Karak menghala ke LPT.. Seekor ular tiba-tiba jatuh keluar dari bonet enjin sebuah Perodua Aruz yang sedang bergerak. 📌Sebelum mulakan pemanduan, elok checking dulu dalam bonet & keliling bawah kereta masing² kot² ada reptilia ni duk sembunyi musim² cuaca panas ni😰 #dkinfo   Klik sini untuk close

[VIDEO] Suami isteri baru sehari berkahwin diberkas bersama 9.26kg heroin

Image
    Pasangan suami isteri yang baru sehari melangsungkan perkahwinan ditangkap bersama 9.26 kilogram (kg) dadah jenis heroin di Chikus, Langkap di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, suami isteri berusia 23 dan 24 tahun itu ditahan ketika pemeriksaan di kawasan tempat letak kereta sebuah masjid pada pukul 12.30 tengah hari. Katanya, ketika tangkapan dijalankan, kedua-dua suspek dipercayai sedang menunggu pelanggan untuk jual beli dadah. “Hasil pemeriksaan ke atas kereta dinaiki pasangan yang berkahwin semalam itu menemui beg pakaian mengandungi 20 bungkusan plastik berisi dadah disyaki jenis heroin seberat 9.268kg. “Nilai rampasan dadah itu dianggarkan berjumlah RM77,000,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini. Menurut beliau, dadah yang dirampas itu boleh digunakan oleh 10,000 penagih dan dipercayai untuk edaran luar daerah Hilir Perak. Katanya, hasil ujian saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek yan