[VIDEO] Pelanggan Bengang Nak Beli Nasi Lemak Viral ‘Sold Out’

 

Baru-baru ini, sebuah gerai yang menjual nasi lemak di Seri Kembangan telah tular di media sosial kerana nasi lemak yang dijual dikatakan sangat sedap sehingga ramai pelanggan yang sanggup beratur panjang untuk mendapatkannya.

Gerai nasi lemak tersebut yang dimiliki oleh wanita India itu dinamakan ‘Akka Nasi Lemak’. Difahamkan, Akka bermaksud kakak dalam bahasa Tamil.

Walau bagaimanapun, semalam kecoh di media sosial apabila seorang pelanggan naik berang apabila dia tidak sempat untuk membeli nasi lemak itu.

@mathan_raj_777 #loveourfamilylife #tiktokmalaysia #akkanasilemakgaduh #akkanasilemak #fypシ゚viral #motivational #thamizh #serikembangan #priyankachopra #redpanda ♬ original sound - Mathan_$UCCE$$•$GP

Difahamkan, nasi lemak itu telah habis dijual sebelum sampai gilirannya untuk membeli makanan kerana orang di depannya telah membeli 50 bungkus nasi lemak.

Pelanggan berkenaan telah merakam video ketika kejadian dan memuat naik video itu di TikTok.

Kejadian itu juga sempat dirakam oleh warganet lain yang berada di lokasi kejadian pada ketika itu.

Namun, rata-rata netizen mengecam tindakan pelanggan tersebut kerana membuat kecoh di gerai nasi lemak itu.

Menurut seorang pengguna Twitter yang sudi menterjemah pergaduhan tersebut, kejadian tersebut bermula wanita yang menjual nasi lemak itu memaklumkan kepada pelanggan itu bahawa nasi telah habis namun lauk masih ada.

Jadi, kalau nak beli makanan, hanya boleh beli lauk. Namun, pelanggan itu mula marah-marah kerana salah faham.

Korang boleh baca translation penuh kejadian itu di bawah.

Ada netizen yang berpendapat pelanggan tersebut tidak sepatutnya memarahi peniaga itu walaupun kecewa tak dapat beli nasi lemak berkenaan.

Namun, dalam masa yang sama, netizen memuji tindakan seorang budak lelaki yang dipercayai merupakan anak kepada peniaga nasi lemak itu kerana membela dan melindungi ibunya dari pelanggan tersebut.

Difahamkan lagi, selepas kejadian itu, setiap seorang pelanggan yang beratur untuk membeli nasi lemak hanya dibenarkan untuk membeli lima bungkus nasi sahaja agar pelanggan yang lain dapat turut merasa.

Sumber: Twitter

 

Comments

Popular posts from this blog

Wanita murung nampak tuan rumah warga Singapura hidu ‘spender’ merah… Londeh tuala sambil onani dalam bilik sewa

Adik bongsu Tuan Guru Nik Aziz, Tuan Guru Nik Razi meninggal dunia

[VIDEO] Meremang! Viral Sosok Hitam Tinggi Muncul Di Ruangan ICU Jam 3 Pagi