[VIDEO] Lelaki India di Ipoh nekad cabut semua iklan Ahlong, tak gentar diugut

 

Episod ngeri hampir tiga tahun menanggung bebanan hutang berjumlah RM20,000 selain selalu diganggu konco along, mendorong lelaki ini ‘melupuskan’ poster tawaran pinjaman wang tidak berlesen di sekitar bandar raya ini sejak sebulan lalu.

M Vikram Naidu, 25, berkerja sebagai peronda sekuriti yang diupah untuk menjaga rumah beberapa penduduk di dua kawasan perumahan, di sini, mengakui inisiatif berkenaan dilakukan kerana tidak mahu orang lain terpedaya tawaran itu.

@vikramnaidu4488 Black squad security. alongs do not enter at taman rishah ipoh Perak. 🙅‍♂@POLIS DIRAJA MALAYSIA OFFICIAL ♬ Gangsta's Paradise (feat. L.V.) - Coolio

Video lelaki itu yang menanggalkan poster tawaran pinjaman wang tidak berlesen, dipasang di pokok dan tiang di beberapa kawasan terutama di kawasan industri sekitar Ipoh mendapat perhatian netizen yang memuji usaha dan keberaniannya.

@vikramnaidu4488 #ipohperak #blacksquad #🏴 ♬ original sound - Skwv Vikram48

Vikram Naidu berkata, dia juga pernah melalui saat sukar sehingga terpaksa meminjam wang RM2,000

daripada ceti haram bagi menguruskan beberapa urusan untuknya memulakan kerja di Singapura.

Menurutnya, kadar bunga yang dikenakan terlalu tinggi ditambah caj pembayaran lewat sehingga RM24 untuk setiap jam menjadikan bebanan hutangnya terus meningkat sehingga RM20,000.

“Daripada bujang sehingga sudah berkahwin saya tidak dapat melunaskan semua hutang itu dan gaji RM4,000 hingga RM5,000 sebulan berkerja di Singapura habis untuk membayar hutang along.

“Malah, rumah sewa di Skudai, Johor ketika itu juga sering didatangi along yang mahu mengutip hutang dan jika tidak bayar atau lambat mereka akan ugut yang akhirnya menyebabkan rumah tangga saya musnah,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Katanya, selepas hampir tiga tahun dia akhirnya lega apabila berjaya melunaskan hutang itu dan tekadnya tidak mahu orang lain menerima nasib sepertinya dengan mengambil inisiatif membuang poster tawaran pinjaman wang itu di tempat awam.

“Ramai juga mengadu kepada saya yang mereka sering diganggu along hingga ada yang menyimbah cat merah dan baling telur hingga ketakutan.

“Saya lihat banyak juga poster tawaran itu di sekitar bandar ini yang mana ia akan menyebabkan orang yang terdesak terus meminjam wang yang akhirnya menjerut leher mereka.

“Jadi kalau poster itu masih ada tidak mustahil orang akan terus terjebak,” kata

Vikram sambil beritahu dia serik meminjam wang.

Menurut Vikram Naidu, dia mengakui masih ramai individu yang malu untuk tampil ke depan dan membuat laporan polis apabila diganggu along.

“Semua poster itu diletakkan tanpa kebenaran dan lihat ia masih berada di situ jadi saya buang sendiri kerana memang terang ia adalah salah.

“Saya percaya jika ramai orang sokong inisiatif ini, poster iklan itu di seluruh Ipoh boleh ‘clear’ (dibuang semua). Saya juga bersedia membantu mereka yang diganggu along,” katanya.

 

Comments

Popular posts from this blog

Wanita murung nampak tuan rumah warga Singapura hidu ‘spender’ merah… Londeh tuala sambil onani dalam bilik sewa

Adik bongsu Tuan Guru Nik Aziz, Tuan Guru Nik Razi meninggal dunia

[VIDEO] Meremang! Viral Sosok Hitam Tinggi Muncul Di Ruangan ICU Jam 3 Pagi