Penjelasan Mufti tentang trend kongsi ibadat di media sosial, sambil tawaf pun nak buat live

 

IBADAH haji merupakan rukun Islam kelima yang wajib dilakukan oleh umat Islam yang berkemampuan.

Bukan sekadar ritual agama yang dilakukan pada bulan Zulhijjah, pelaksanaannya bertujuan untuk menyelami pengorbanan Nabi Ibrahim (AS) kepada Allah SWT di samping melatih umat Islam untuk menjadi lebih merendah diri, berdisiplin serta berakhlak baik.

Namun, sejak kebelakangan ini, ramai yang gemar berkongsi tentang ibadah yang dilakukan di media sosial terutama sekali ketika melakukan tawaf.

Malah baru-baru ini tular rakaman video seorang wanita sedang menari di Makkah untuk membuat ‘content’ media sosial.

Ibadah haji dilakukan pada bulan terakhir dalam kalendar Islam.

Situasi semasa ini bukan sekadar merosakkan imej Islam malah turut mencemarkan tanah suci yang merupakan kiblat penganutnya.

Seorang individu membangkitkan persoalan ini selepas menyedari situasi tersebut menjadi kebimbangan masyarakat, justeru Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menerangkan hukumnya dengan lebih terperinci.

“Apakah hukum menunaikan tawaf sambil melakukan live Facebook atau IG?” dia bertanya.

Jawapan

Menerusi kenyataan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, mereka berpendapat melakukan aksi seperti di atas adalah dibolehkan tetapi sebaiknya ditinggalkan.

Perlakuan badan yang menjaga tata susila serta adab ketika tawaf dengan memenuhi syarat serta hati yang sentiasa kehambaan dan tawaduk kepada Allah hendaklah diwujudkan ketika tawaf atau sa’ie.

PEJABAT MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN

Ini kerana tawaf dan juga sa’ie termasuk dalam ibadat yang sepatutnya ditumpukan dalam acara ibadat seperti berdoa, berzikir, membaca al-Quran, berselawat ke atas Nabi SAW dan tawajjuh hati kepada Allah SWT.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Tawaf mengelilingi Kaabah seperti solat, hanya saja kamu (boleh) bercakap dalam tawaf. Barangsiapa berkata tatkala tawaf hendaklah mengucapkan ucapan yang baik.” Riwayat al-Tirmizi (960)

Hal ini diperkukuhkan lagi oleh pendapat kebanyakan ahli ilmu, antaranya:

Kata Imam al-Tirmizi: “Dan yang beramal atas perkara ini di sisi kebanyakan ulama. Justeru mereka berpendapat bahawa sunat seseorang yang sedang melakukan tawaf supaya tidak bercakap kecuali kerana keperluan atau kerana zikir kepada Allah atau kerana ilmu.” (Lihat Sunan al-Tirmizi, 2/285)

Perlakuan badan yang menjaga tata susila serta adab ketika tawaf dengan memenuhi syarat serta hati yang sentiasa kehambaan dan tawaduk kepada Allah hendaklah diwujudkan ketika tawaf atau sa’ie.

Justeru, marilah sama-sama kita menginsafi diri terutamanya ketika beribadat kepada Allah SWT seperti tawaf dan sa’ie ini.

Comments

Popular posts from this blog

Wanita murung nampak tuan rumah warga Singapura hidu ‘spender’ merah… Londeh tuala sambil onani dalam bilik sewa

Adik bongsu Tuan Guru Nik Aziz, Tuan Guru Nik Razi meninggal dunia

[VIDEO] Meremang! Viral Sosok Hitam Tinggi Muncul Di Ruangan ICU Jam 3 Pagi