‘Ah long bangang’ tersalah pecah kereta, serang rumah jiran dicekup

 

Ah long disyaki tersalah sasaran memecahkan cermin kereta serta meninggalkan nota berbaur ugutan mahu membakar sebuah rumah di Taman Seri Keramat Ulu Kelang, di sini, telah berjaya dicekup pihak polis pada Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, menurut laporan yang diterima, pemilik kenderaan mendapati ah long terbabit tersalah sasaran kerana individu yang membuat pinjaman dengan mereka adalah jiran mangsa.

Katanya, kejadian menggerunkan berkenaan disedari oleh mangsa pada Isnin lalu (22 Mei) sekitar pukul 7 pagi ketika berada di rumahnya.

Jelas Farouk, mangsa tampil membuat laporan polis untuk tindakan lanjut bagi memastikan keselamatan dirinya terjamin.

“Bertindak atas laporan, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Ampang Jaya membuat tangkapan ke atas seorang lelaki berusia 41 tahun di Bukit Ampang Utama, di sini.

“Hasil semakan pula mendapati suspek mempunyai empat rekod jenayah tidak dikehendaki manakala ujian saringan awal air kencing didapati negatif,” ujarnya.

Tambah beliau, suspek kini ditahan reman untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan,” katanya

 

 

Comments

Popular posts from this blog

Wanita murung nampak tuan rumah warga Singapura hidu ‘spender’ merah… Londeh tuala sambil onani dalam bilik sewa

Adik bongsu Tuan Guru Nik Aziz, Tuan Guru Nik Razi meninggal dunia

[VIDEO] Meremang! Viral Sosok Hitam Tinggi Muncul Di Ruangan ICU Jam 3 Pagi