[VIDEO] Anak tikus berenang dalam botol sos cili

 

Seorang wanita terkejut dan binggung apabila menemui seekor anak tikus sedang ‘berenang’ dalam sebiji botol sos cili.

Menerusi rakaman video dikongsikan Moshi di TikTok miliknya, anak tikus tersebut dilihat seperti sedang berusaha mencari jalan untuk keluar daripada botol sos cili itu.

@lia_m0sh1 Tikus tngah santai dalam sos geng👀 #haiwanrosak #tikusrosak #oyenrosak #lemburosak #ularrosak #katakrosak ♬ kucing mampus - Kxcingg

Menurutnya, sehingga kini dia musykil bagaimana seekor anak tikus, boleh muat masuk ke dalam botol sos tersebut sedangkan bekas itu tertutup dengan rapat.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai turut hairan dan tidak kurang juga yang kasihan dengan anak tikus tersebut.

“Macam mana dia boleh masuk dekat dalam tu. Bukan penutup tu kecil ke?,” komen Muhammad Badzli.

“Akak, keluarkan tikus tu kak, kesian, mata dia pedih tu,” komen Adik Apis.

“Tolong keluarkan dia, lepaskan kat hutan. Kasihan mata pedih tu,” komen Ateyn.

Video tersebut tular di aplikasi TikTok dengan tontonan sebanyak 447,200, 21,100 tanda suka dan 1,122 komen. – KOSMO! ONLINE

 

Comments

Popular posts from this blog

Wanita murung nampak tuan rumah warga Singapura hidu ‘spender’ merah… Londeh tuala sambil onani dalam bilik sewa

Adik bongsu Tuan Guru Nik Aziz, Tuan Guru Nik Razi meninggal dunia

[VIDEO] Meremang! Viral Sosok Hitam Tinggi Muncul Di Ruangan ICU Jam 3 Pagi