[VIDEO] Staff Petrol Pam Sedih Kerana Terasa Dihina Belajar Tak Tinggi, Keje Petrol Pam Je Gaji RM1500

 

Dengan ekonomi yang tidak menentu pada zaman sekarang, setiap orang sedang bergelut untuk mencari kerja dengan gaji setimpal. Mahu atau tidak, koyak ke tak koyak, semuanya perlu kuat mencari rezeki baik buat diri sendiri ataupun keluarga. Namun jerih perih itu terkadang diburukkan lagi dengan persepsi orang sekitar.

Haaa belajaq tak pandai la tu…Kenapa tak belajaq tinggi, boleh merasa gaji RM5000-RM6000

Bagi seorang gadis muda bernama Cik Izzaty Nazmii, baru-baru ini dia juga telah berdepan dengan hinaan seorang pelanggan yang pastinya sukar dipadam dari ingatan. Bekerja di sebuah stesn minyak, Izzaty didatangi seorang pak cik yang masuk ke dalam untuk membeli air tin.

Gambar sekadar hiasan

Kerja pam minyak ja? Sambil jalan ke pintu, dia cakap “Boleh la kot gaji seribu setengah”

Sementara membayar, individu berkenaan bertanya adakah Izzaty sudah habis belajar dan mengapa tidak menyambung pendidikan ke taraf lebih tinggi. Kemuncak kesedihan adalah sewaktu pak cik itu hendak melangkah keluar. Dia seakan-akan menyindir hasil pendapatan gadis ini yang dianggap tidak seberapa.

@izzatynazmii._ Assalammualaikum☺️so dekat sini aku nk ckp sikit untuk sesiapa ja dkt luar sana tu,tlong jangan sesuka hati nk hina org mcm org lain tu xda perasaan..😶 Kita tak tahu pun hidup org tu mcm mna..setiap org ada masalah dan ujian hidup masing ii..😇And kita semua kena tahu lah adab mcm mna nk bercakap dgn org lain xkisah lah org tu siapa sekalipun..adab dan akhlak tu penting ya..😊 Dan teruntuk PAKCIK,kalau video ni lalu dpn muka pakcik,saya just nak ckp yg saya paling xsuka org menghina saya,dan pakcik xperlu sibuk nak ajar saya untuk belajar tinggi ii or what😅 Sebab pada saya skrg mkn pakai saya alhamdulillah cukup,dan saya xpernah menyusahkan sesiapa atau meminta beras dkt rumah org😉apatah lagi dkt rumah PAKCIK kan?so PAKCIK just shut up okay?😗 #fypシ #fypp #xyzbca #biadap ♬ Antassalam - Fairuz Band

Nelayan tempat aku belajar tak habis…Gaji RM4000-5000…Jangan ingat kerja biasa gaji tak tinggi

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang ikut kesal mendengar kisah Cik Izzaty. ‘Adat’ bekerja dalam bidang retail, pelanggan biadab sebegitu memang wujud dan cukup menguji kesabaran.

Rezeki terletak di tangan Allah, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat buat gadis ini.

Kredit : TikTok Izzaty Nazmii

 

Comments

Popular posts from this blog

Wanita murung nampak tuan rumah warga Singapura hidu ‘spender’ merah… Londeh tuala sambil onani dalam bilik sewa

Adik bongsu Tuan Guru Nik Aziz, Tuan Guru Nik Razi meninggal dunia

[VIDEO] Meremang! Viral Sosok Hitam Tinggi Muncul Di Ruangan ICU Jam 3 Pagi