Kanak-kanak sesak nafas, loya termakan biskut ganja

 

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun dikejarkan ke Klinik Kesihatan Lawin di sini, selepas termakan biskut coklat berperisa ganja buatan bapanya dalam kejadian pada Isnin.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, laporan diterima daripada pembantu perubatan klinik berkenaan sekitar jam 10.26 malam berikutan keadaan mangsa yang mengalami sesak nafas, pening kepala dan loya.

“Siasatan mendapati biskut disyaki dicampur dengan ganja dibuat oleh bapa mangsa menyebabkan dia mengalami simptom tersebut.

“Mangsa telah dibawa ke Hospital Gerik untuk terima rawatan sebelum dirujuk ke Hospital Taiping untuk pemeriksaan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

Menurut beliau, suspek berusia 38 tahun yang bekerja sebagai penoreh getah ditahan bersama biskut berkenaan untuk siasatan lanjut.

“Ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati suspek positif dadah jenis tetrahydrocannibol (THC).

“Suspek direman selama lima hari sehingga Sabtu ini untuk disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Mohd Yusri berkata, mangsa masih menerima rawatan di hospital dan keadaan dilaporkan dalam keadaan stabil.

Comments

Popular posts from this blog

Wanita murung nampak tuan rumah warga Singapura hidu ‘spender’ merah… Londeh tuala sambil onani dalam bilik sewa

Adik bongsu Tuan Guru Nik Aziz, Tuan Guru Nik Razi meninggal dunia

[VIDEO] Meremang! Viral Sosok Hitam Tinggi Muncul Di Ruangan ICU Jam 3 Pagi