[VIDEO] Ibu Rakam Anak Menangis Teresak-Esak Mengadu Kawan Sekolah Ejek Adik Cacat

 

Tular satu video memaparkan seorang anak kecil berusia dalam lingkungan 8 tahun yang menangis teresak-esak selepas pulang dari sekolah.

Kawan sekolah ejek adik cacat

Menerusi hantaran dimuat naik ibunya yang dikenali sebagai Yusrina Yusoff, dapat dilihat anaknya yang bernama Chenta itu menangis teresak-esak dan begitu kecewa dengan ejekan rakan sekolah yang mengatakan adiknya cacat.

Mereka cakap adik cacat, pastu kaki dia terbelit-belit, kenapa mereka cakap macam itu?

Bukan itu sahaja, Yusrina memaklumkan bahawa rakan-rakan sekolah anaknya turut menggelarkannya sebagai bodoh serta orang susah dek kerana kekurangan yang dihadapi mereka sekeluarga.

Ibu telah berjumpa dengan pihak sekolah dan pihak sekolah akan siasat perkara ini dengan lebih mendalam.

Saya juga tidak betulkan Chenta 100 peratus, mungkin Chenta terlampau mengikut perasaan dan sedih mengenang nasib yang menimpa keluarga.

Kepada ibu bapa, nasihatlah anak supaya tidak melakukan perbuatan buli mental terhadap rakan-rakan sendiri…kerana kita tidak berada di situasi seseorang pelajar.

Pelajar yang dilanda ujian hebat dari Allah juga tidak minta jadi sebegini.

Keadaan adik Chenta

@yusrinayusoff98 INI LAH INSAN YANG KAKAK CHENTA PERTAHAN KAN . SYURGA BUAT MU ADIK HARIS ANAK SYURGA . SEORANG KAKAK SANGAT MENYAYANGI ADIK NYA YANG MENGALAMI “ RABYSOM SINDROM “ #semogdiberikanManfaatUntukKitaSemua #KakakChenta #hanyainsanbiasa ♬ Namun Ku Punya Hati - Saleem

Dalam pada itu, Yusrina turut berkongsi keadaan adik kepada Chenta yang dikenali sebagai Haris yang menjadi mangsa ejekan kawan-kawan di sekolah anaknya itu.

Difahamkan, anak lelakinya itu sering diserang sawan kronik tidak mengira masa serta mempunyai penyakit kritikal kerana mempunyai komplikasi keseluruhan organ dalam.

Inilah keadaan sebenar adik kepada Chenta, yang dihina semasa Chenta di sekolah.

Penyakit Haris ni dikatakan sangat kritikal, penyakit Rabyson Sindrom yang tiada di Malaysia dan Haris mempunyai kompilasi keseluruhan organ dalaman.

Menerusi hantaran itu juga, ibu kepada tiga orang anak itu berharap agar golongan ibu bapa menitikberatkan adab dalam diri anak-anak supaya budaya mengejek seperti itu tidak berulang lagi.

Video

@yusrinayusoff98

HARINI KAKAK HARIS BALIK MENANGIS SEBAB KAWAN2 DISEKOLAH HINA ADIK DIA CACAT , KAKI TERKULAI , ORANG SUSAH , BODOH .. YAALLAH AII KECIK2 DAH TAK ADA ADAB ..KESIAN LAA 😭

♬ original sound - Yusrinayusoff98

Sumber: TikTok 

Comments

Popular posts from this blog

Wanita murung nampak tuan rumah warga Singapura hidu ‘spender’ merah… Londeh tuala sambil onani dalam bilik sewa

Adik bongsu Tuan Guru Nik Aziz, Tuan Guru Nik Razi meninggal dunia

[VIDEO] Meremang! Viral Sosok Hitam Tinggi Muncul Di Ruangan ICU Jam 3 Pagi