Anggota TUDM maut bom lempar meletup ketika latihan, 2 jurulatih parah

 

Seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) maut selepas bom lempar meletup ketika sesi latihan di Kem Syed Sirajuddin di sini, hari ini.

Difahamkan dua jurulatih lagi parah dalam kejadian jam 12 tengah hari ketika mereka menjalani latihan menembak senjata dan bom lempar di tapak latihan kem terbabit.

Sumber berkata, bom berkenaan meletup di dalam bunker ketika proses latihan dilaksanakan.

“Kejadian berkenaan membabitkan dua jurulatih dan seorang penuntut dari Institut Pentadbiran dan Pengajian Pengkalan Udara Sendayan (INSTAR).

“Mangsa yang maut adalah penuntut (INSTAR) manakala dua jurulatih yang cedera dibawa ke Hospital Segamat untuk rawatan lanjut,” katanya.

Dalam pada itu, TUDM dalam satu kenyataan malam ini mengesahkan insiden berkenaan.

Markas Tentera Udara dalam kenyataan berkata, insiden itu membabitkan anggota TUDM yang sedang menjalani Latihan Menembak Senjata Bantuan dan Bom Lempar Penuntut Kursus Peningkatan Pembantu Pertahanan Kelas 1 (KPPP Kls 1) Siri 78/23 di tapak latihan kem terbabit.

“Kemalangan berlaku kira-kira jam 12.10 tengah hari mengakibatkan seorang penuntut meninggal dunia di tempat kejadian.

“Dua jurulatih mengalami kecederaan diberikan rawatan awal di Hospital Tentera Darat Gemas dan telah dirujuk ke Hospital Segamat,”katanya.

Menurut kenyataan itu, TUDM sudah menghubungi waris anggota yang terbabit dan menyerahkan kes kejadian kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjalankan siasatan.

“Seterusnya, TUDM akan menubuhkan satu Lembaga Penyiasatan bagi mengenal pasti punca kejadian.

“Pihak TUDM menggesa semua pihak agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi sehingga proses siasatan dijalankan oleh pihak PDRM selesai dan menghormati sensitiviti keluarga anggota yang terlibat.

“Maklumat perkembangan insiden akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Wanita murung nampak tuan rumah warga Singapura hidu ‘spender’ merah… Londeh tuala sambil onani dalam bilik sewa

Adik bongsu Tuan Guru Nik Aziz, Tuan Guru Nik Razi meninggal dunia

[VIDEO] Meremang! Viral Sosok Hitam Tinggi Muncul Di Ruangan ICU Jam 3 Pagi