“Syukur mak ayah aku kolot” – Tengok budak zaman sekarang, anak tak kisah dapat ibu bapa tak kaya, belajar tak tinggi

 

DALAM era moden yang serba canggih ketika ini, cabaran mendidik anak bukanlah calang-calang.

Ibu bapa perlu bijak menggunakan pendekatan yang sesuai seiring dengan peredaran zaman agar anak-anak tidak berasa terkongkong dan dalam masa yang sama mereka tidak ‘hanyut’.

Pendek kata, anak-anak perlu diterapkan dengan pendidikan yang seimbang baik dari segi agama, moral, emosi, intelek dan pelbagai aspek lain dalam melahirkan insan yang berkualiti dan mempunyai jati diri.

Mungkin ada yang beranggapan ibu bapa perlu berfikiran lebih terbuka seiring dengan dunia moden, namun bagi individu ini, dia bersyukur kerana dibesarkan dalam suasana yang konservatif.

“Aku cukup bersyukur punya mak ayah yang kolot, tak berfikiran terbuka macam mak ayah sekarang.

“Nak keluar sentiasa minta izin walau duduk jauh. Sebelum Maghrib wajib balik. Dah jadi kebiasaan sebab dulu masa budak-budak pernah kena kurung dekat luar sejam dua, sebab main sampai tak ingat jalan balik ke rumah.

“Aku dan adik-beradik tak pernah mereka bagi keluar melepak di mall dan sebagainya. Habis SPM baru dibenarkan berjalan ke mall dengan kawan-kawan, itu pun kawan sejantina.

“Kawan-kawan aku, mak ayah aku kenal walaupun kawan dekat universiti… mereka akan paling-paling tahu nama kawan-kawan aku,” demikian luahnya.

Tambah individu yang tidak mendedahkan identiti itu, meskipun ibu dan bapanya agak tegas dan tidak terlalu mesra, namun kasih sayang terhadap anak-anak tetap ditunjukkan melalui perbuatan.

Ujar individu tersebut, nasihat tidak pernah lekang di bibir ibu bapanya meskipun sudah berjauhan kerana bekerja dan melanjutkan pelajaran jauh dari kampung halaman.

Luahan perkongsian individu berkenaan.

Nasihat-nasihat itu ujarnya, secara tidak langsung menjadi benteng buatnya dan adik-beradik dalam menjalani kehidupan yang mencabar pada ketika ini.

“Bila tengok budak-budak sekarang siap buat TikTok, lepak kelab malam campur laki perempuan, serius aku bersyukur sangat mak ayah aku macam tu.

“Dan kesannya aku dengan adik beradik semua tak terpengaruh dengan benda negatif tu even duduk jauh. Bukan aku tak ada kawan yang jenis bebas tapi dia tak pernah ajak aku untuk ikut atau aku rasa teringin nak ikut dia.

“Mungkin sebab berkat doa mak ayah aku yang jaga aku daripada terpengaruh dengan benda-benda negatif.

“Kalau diberi pilihan, aku tetap akan pilih mak ayah aku yang sekarang, dilahirkan dan dididik oleh mereka walaupun mereka tak belajar tinggi, tak kaya dan sebagainya. Terima kasih mak dan ayah,” luahnya lagi.

Luahan tersebut dihantar menerusi Direct Message (DM) kepada akaun @ibjela dan kemudian dikongsikan di Twitter.

Sehingga kini perkongsian luahan itu menerima lebih daripada 318 ulang kicau.

Menjengah ruangan komen pula, rata-rata warga maya turut memuji ibu bapa individu berkenaan malah menyifatkan dirinya bertuah dibesarkan dalam suasana yang mementingkan agama dan moral.

“Tak semua orang bertuah punyai ibu bapa seperti kamu… Nasihat merekalah yang menjadikan kita pada hari ini.

“Tak apa tak kaya, tak belajar tinggi… tapi ibu bapa kamu dah berjaya bentuk peribadi anak-anaknya.

“Betul sangat… kadang ibu bapa dah tegas, tapi faktor luaran pula jadi sebab anak-anak tergelincir. Cabaran mendidik anak-anak sangat besar,” demikian antara komen netizen.

Comments

Popular posts from this blog

Wanita murung nampak tuan rumah warga Singapura hidu ‘spender’ merah… Londeh tuala sambil onani dalam bilik sewa

Adik bongsu Tuan Guru Nik Aziz, Tuan Guru Nik Razi meninggal dunia

[VIDEO] Meremang! Viral Sosok Hitam Tinggi Muncul Di Ruangan ICU Jam 3 Pagi