“Kalau tak mampu, kenapa buat anak baharu?” – Tak perlu rayu derma demi sara ramai zuriat, lebih baik rancang famili

 

KEHADIRAN cahaya mata bukan sekadar penyeri rumah tangga bagi pasangan suami isteri tetapi merupakan tanggungjawab dan amanah yang perlu dijaga dengan sebaiknya.

Sesetengah individu pula berpegang pada prinsip anak sebagai pembawa rezeki sehingga ada yang beranggapan kehidupan akan berubah sekiranya mempunyai anak yang ramai.

Seperti yang dikongsikan wanita ini di halaman Facebook, dia terkejut apabila terdapat beberapa ibu yang baru sahaja melahirkan anak kedua dan ketiga menjadi ‘pengemis’ di media sosial.

“Pagi-pagi buka Facebook nampak posting mak-mak yang baru lahirkan anak nombor 2, 3 ke atas minta bantuan basic item bayi seperti susu, lampin, cadar dan lain-lain.

Hantaran asal yang dibuatnya di halaman Facebook.

“I tertanya-tanya, kalau tiada kemampuan dari segi ekonomi untuk menyara lebih daripada seorang anak atau jumlah yang sedia ada, kenapa buat anak baharu?” ajunya sambil mengakui persoalan tersebut agak ‘kurang ajar’ bunyinya.

Mengakui kehidupan setiap individu diuji dengan cara berbeza, dia bagaimanapun meminta supaya warga maya tidak mengaitkan persoalannya itu dengan konsep bersedekah.

Mana tidaknya, dengan situasi ekonomi masa kini dan kos sara hidup yang semakin meningkat, pastinya sukar untuk mereka yang berpendapatan rendah menjalani kehidupan dengan baik.

Tambahan pula dengan pelbagai komitmen yang sedia ada dan perbelanjaan untuk keperluan harian yang hanya sekadar mencukupi.

“Kita bukan hidup zaman kalau nak susu boleh pergi belakang rumah perah daripada t*t*k lembu.

“Mengurus zuriat tambahan yang nak tambah anak perlu perancangan… cash flow, masa dan lain-lain.

“Ada rumah (masih dalam hutang) dan kereta (masih dalam hutang) bukan indikator kemampuan kerana hakikat setiap perancangan keluarga need a cashflow,” jelasnya.

Tidak dinafikan, aliran wang tunai perlu ada bagi memastikan kelangsungan hidup selain membantu urusan ketika kecemasan berlaku.

Malah, kos untuk menyediakan keperluan bayi seperti susu dan lampin pakai buang bukanlah murah malah ia merupakan komitmen bulanan sesebuah keluarga.

“Jika tak mampu mengadakan supply susu, lampin, makanan dan keperluan anak… by all mean pastikan mampu spend RM10 beli kondom.

At least there is 97 percent chances anda boleh merancang kehamilan,” katanya lagi.

Dengan penggunaan kondom, kehamilan yang tidak dirancang dapat dielakkan dan pada masa sama dapat menstabilkan ekonomi keluarga terlebih dahulu.

Antara reaksi warga maya berhubung isu yang dilontarkannya.

“Apabila dah stabil… rancang kembali untuk tambah anak. Ini kalau dalam masa kurang satu tahun dari tempoh dapat anak dah sesak dan ada case minta ISO ada tu baru nak due date sudah masuk level sangat terdesak.

Highly chance, 10 bulan lepas masa berjimak cuma fikir sedap. Jangan put high expectation seolah-olah macam kes dalam rancangan BersamaMu bahawa pasti akan ada datang membantu.

Be realistic, zakat, NGO pun memberi keutamaan kes berat seperti lumpuh kemalangan, balu kematian suami, terlantar dan sebagainya,” ujarnya.

Kalau datang kes yang tahap ekonomi ‘paras tengkuk’ kemudian ada anak baru lahir, pihak berkaitan pun geleng kepala.

Perkongsian yang dianggap sensitif itu menjadi tular di media sosial sehingga dikongsikan lebih 4,500 pelayar Facebook.

Warga maya juga berdebat dan menzahirkan pandangan masing-masing berhubung isu ini.

“Awak belum pernah diuji susah atau gagal dalam perancangan… Perancangan Allah jauh lebih baik daripada perancangan manusia.

“Memang kurang ajar pun… kalau tak mahu sedekah jangan cakap macam tu, banyak lagi orang boleh sedekah bagi macam-macam. Orang sombong bongkak macam kau yang bercakap macam tu… anak-anak rezeki Allah.

“Itulah guna orang-orang kaya bersedekah. Dalam rezeki kita ada rezeki mereka… berapa ramai orang yang dah mati nak hidup hanya untuk bersedekah,” ujar beberapa warga maya.

Bagaimanapun, tidak kurang juga yang menyokong dan bersetuju dengan pandangan wanita terbabit kerana menganggap anak sebagai amanah yang perlu dijaga sebaiknya.

“Setuju dengan pendapat puan ini. Betullah anak itu rezeki dan amanah yang diberi oleh Allah… namun kalau tak ada perancangan dari pelbagai aspek, tak guna juga.

“Saya bersetuju dengan post ini sebab tanggungjawab ibu bapa bukan setakat melahirkan anak tapi juga memberi tempat tinggal yang selesa dan makan minum yang cukup serta pakaian.

“Untuk diri sendiri juga… bukan tolak rezeki tapi nak yang terbaik untuk anak-anak yang ada sekarang,” tambah beberapa pelayar lagi.

Comments

Popular posts from this blog

Wanita murung nampak tuan rumah warga Singapura hidu ‘spender’ merah… Londeh tuala sambil onani dalam bilik sewa

Adik bongsu Tuan Guru Nik Aziz, Tuan Guru Nik Razi meninggal dunia

[VIDEO] Meremang! Viral Sosok Hitam Tinggi Muncul Di Ruangan ICU Jam 3 Pagi