[VIDEO] Dah siapkan lauk buat hidangan, anak2 menangis makan masakan terakhir mak

Lauk terakhir mak masak
Hal ini samalah seperti muat naik seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Boi_AsamBoy apabila berkongsi masakan terakhir yang dimasak ibu tersayang sebelum allahyarham meninggal dunia.
@boi_masam AL-#fatihah BUAT MAK SAYA NORIZAN BINTI BAHARI JUMAAT(27/05/2023 ) PASNI TAK DAPAT RASA AIR TANGAN MAK 😔😔RINDUU TIADA PENGHUJUNG #airmataibu #Alfatihah ♬ Air mata ibu dato siti nurhaliza - Shah izzam ➴͜͡T.E
Menangis sambil nikmati makan air tangan mak
Menerusi kapsyen yang disertakan, dia memaklumkan yang ibu mereka telah meninggal dunia pada Jumaat lepas namun lauk yang dimasaknya masih ada.
Mereka adik beradik telah menikmati hidangan terakhir yang dimasak ibu untuk mereka sebelum allahyarham pergi menghadap Ilahi dengan juraian air mata.

Sebak teringat mak di kampung
Susulan daripada perkongsian tersebut, ramai yang meninggalkan komen mengakui sebak dengan apa yang dimuat naik oleh pengguna TikTok berkenaan.
Ujar mereka, rindu terhadap insan yang telah tiada memang begitu sakit dan ada juga yang berkongsi situasi sama pernah dilalui mereka.

Ada yang pernah alami hal sama

Bau mak sangat dirindui

Kalau sedih menangislah

Ramai yang masih simpan masakan & barang2 arwah ibu ayah
Apa-apa pun, semoga ahli keluarga allahyarham terus kuat dan tabah menghadapi ujian daripada Allah S.W.T ini dan ibu tersayang ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Sumber: TikTok @Boi_Asamboi
Klik sini untuk close
Comments
Post a Comment