[VIDEO] Pakcik ‘naik angin’ kena tegur dengan budak sebab hisap rokok kat kedai makan
Semalam, seorang pengguna di Twitter telah berkongsi satu video di mana seorang lelaki berusia naik angin terhadap sekumpulan pemuda kerana menegurnya untuk jangan merokok di dalam restoran.
Lelaki berkenaan berkata tindakan pemuda berkenaan yang menegur dirinya adalah satu tindakan yang biadab dan menambah mamak di restoran terbabit juga tidak pernah tegurnya untuk berhenti merokok di premis terbabit sebelum ini.
Ketegangan itu diredakan oleh seorang pemuda lain yang dilihat menenangkan perokok itu. Perakam video juga telah menunjukkan lokasi di mana perokok itu duduk dan di mana kedudukan mereka pada ketika itu. Jelas terdapat stiker ‘No smoking’ pada meja tersebut.
Rata-rata netizen bersetuju dan memuji tindakan pemuda itu
yang berani menegur perokok yang biasanya ‘pantang ditegur’. Begitu juga
ada yang memberi nasihat bagaimana untuk menjadi perokok yang beretika
dan tidak mengganggu pelanggan restoran yang lain.
Klik sini untuk close

Comments
Post a Comment