[VIDEO] Budak 6 tahun tahu ‘kendali’ kereta, tiada unsur mistik

Polis menolak sebarang unsur mistik yang dikaitkan dengan kejadian kereta dipandu kanak-kanak lelaki berusia enam tahun terbabas dan melanggar tiang lampu di Jalan Bukit Tangga, di sini kelmarin.
Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari memberitahu, pihaknya menolak dakwaan terdapat kejadian mistik seperti ditularkan di media sosial.
@nilamtuahmart Kronologi budak 6 tahun bawa kereta bijaknye adik ni.. bertabah la ibu dan ayahnye#makbapakbudak6tahunbawakkereta ♬ original sound - MdJhon - mdJhon
Katanya, kanak-kanak terlibat telah ditemu bual semasa dibawa ke Balai Polis Trafik Langkawi keterangan ibu bapanya diambil.
“Berdasarkan siasatan yang dibuat, kanak-kanak terbabit didapati mengetahui fungsi pedal minyak dan gear.
“Kanak-kanak terbabit menunjukkan cara menghidupkan enjin dan dapat menghidupkan enjin apabila diminta selain menunjukkan bagaimana cara menurunkan brek tangan,” katanya di sini hari ini.
Katanya, kanak-kanak itu juga boleh menerangkan tentang penggunaan gear kepada pegawai penyiasat trafik.
“Pada malam kejadian, kanak-kanak terbabit mengundurkan kereta dahulu sebelum keluar dari pekarangan rumah.
“Jarak rumah dengan kedai yang ingin dituju sejauh lima kilometer, namun terlibat kemalangan ketika sudah memandu separuh jalan,” ujarnya.
Shariman memberitahu, pemeriksaan kamera papan pemuka kereta bagaimanapun mendapati pemanduan tidak begitu stabil dengan kadang kala sedikit memasuki lorong bertentangan, ke kiri dan ke kanan.
Kosmo! Online hari ini melaporkan budak enam tahun yang memandu kereta Toyota Vios di Langkawi mendakwa kereta itu dipandu oleh makhluk berbulu. – KOSMO! ONLINE
Klik sini untuk close
Comments
Post a Comment