Melawat tempat ilmu s1hir, tempat bomoh dibunuh

Ceritanya begini, semalam sebelum sampai tempat ilmu s1hir, ada singgah di satu kedai runcit untuk beli minuman, ada tanya pemilik kedai tu, kenal tak tempat tu (tempat ilmu sih1r) ? dia buat muka terkejut, aku pun pelik la, kenapa dengan dia ni?? dia kata tahu tempat tu dan dia nak tolong tunjukkan pada aku, perbualan ni guna ‘voice translator’, tanpa melengahkan masa, dia terus ambil motor dan mengajak aku untuk ikut dia ke tempat tu, lalu aku pun follow la motor dia dari belakang…
Bila sampai di tempat tu, dia hanya tunjuk jari arah ke tempat tu, tanpa berhentikan motornya dan terus berlalu pergi dari situ… aku pun pelik laa, macam rushing betul mamat ni, langsung tak nak berhenti…?
hari ni, aku pergi semula ke kedai runcitnya untuk minta dia cerita sikit sejarah tentang tempat tu… nak tau apa yang dia cerita mula2 sekali??
Bomoh yang mati 40 tahun yang lalu, sebenarnya dibunuh disitu, bukan seorang tapi ada beberapa ahli2 yang ada disitu juga kena bunuh, mayat mereka ditanam disitu…
selepas kejadian bunuh, tempat tu jadi kecoh dengan cerita patong2 yang ada situ, bergerak sendiri pada waktu malam, ada pernah orang masuk nak mencuri duit tabung yang ada kat situ, tapi tak berjaya, kerana mereka digangu teruk dengan benda2 yang ada kat situ…
ada juga yang berjaya curi bawa keluar duit tabung, malangnya selepas dia bawa keluar, pencuri tu mati.. jadi, tiada siapa pun yang berani curi barang yang ada kat situ.. patut lah masa tengah live semalam tengok duit tambung dan barang2 berharga letak macam tu saja, terfikir la orang tak curi ke? rupanya tiada sapa boleh ambil barang2 yang ada kat situ..
aku ada bagitau pemilik kedai runcit tu, yang aku ada pergi situ waktu malam, dia tak percaya.. aku siap tunjuk live lagi, riaksi wajah dia seolah terkejut, dia cakap ada nampak apa2 tak? aku jawab ada, nampak jelmaan sami yang muncul dan hilang sekelip mata di beberapa tempat situ, kemudian aku bagitau ada sami yang tidur situ semalam, dia cakap mana ada sami tidur situ, mereka akan pulang sebelum malam..
aku cakap ada..! nampak kasut dia di luar pondok, mungkin dia tidur dalam pondok tu dan dalam pondok tu ada satu khemah… dia sekerasnya jawab mana ada siapa tidur situ… aduii jem otak sekejap, terus aku ajak dia pergi ke situ pada waktu malam nanti, dia terus geleng kepala tanda tak mahu sambil buat muka berkedut…
dia nampak macam sibuk melayan pelanggan yang datang di kedainya, aku pun tak nak gangu dia dan terus pergi dari situ… btw, kedai runcit dia jarak lebih kurang 4km dari tempat ilmu s1hir tu.
Persoalannya, perlu kah aku repeat tempat tu? hati berkata risau juga dengan tempat tu, tambah2 lagi ada seorang penduduk yang ada berdekatan situ, di mana orang yang telah bagi aku minuman semalam, beliau ada senjata api “senapang patah”, bukan apa, risau… risau…
Klik sini untuk close
Comments
Post a Comment