Lelaki maut tersepit, van dipandu rempuh kedai runcit

Seorang lelaki maut setelah van yang dipandunya dipercayai merempuh sebuah kedai runcit di Kampung Simpang 5, di sini, hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi
Kebombaan dan Penyelamat (JBPM) Perak, Mohamadul Ehsan Mohd Zain
berkata, mangsa dikenali sebagai Ezrul Azmi, 33 tahun, disahkan maut di
lokasi kejadian.
“Anggota bomba terima panggilan
berhubung kejadian itu pada jam 8 pagi. Seterusnya, anggota dari Balai
Bomba dan Penyelamat (BBP) Parit Buntar dikejarkan ke lokasi.
“Setibanya jentera di lokasi kejadian, didapati kemalangan jalan raya membabitkan sebuah van pekerja yang telah melanggar sebuah kedai runcit, menyebabkan seorang mangsa iaitu pemandu, tersepit,” katanya kepada pemberita hari ini.
![]() |
| Foto JBPM Perak |
![]() |
| Foto JBPM Perak |
![]() | |
| Foto JBPM Perak |
Beliau berkata, anggota bomba
kemudian menggunakan peralatan menyelamat bagi mengeluarkan mangsa
tersepit dan menyerahkannya kepada pihak polis bagi tindakan lanjut.
Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Ros Azri Abd Rahman itu tamat pada jam 8.42 pagi



Comments
Post a Comment