Seorang lelaki dikesan menyamar sebagai wakil pemberi bantuan daripada Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz bagi memperdaya warga emas menyerahkan barang kemas miliknya. Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada mangsa iaitu seorang wanita warga emas berusia 70 tahun. “Menurut pengadu, ketika dia berada di Batu 8, Kampung Asahan, di sini, datang seorang lelaki tempatan menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza memperkenalkan diri sebagai wakil pemberi bantuan daripada Tengku Zafrul kira-kira 11 pagi, 16 Jun lalu. “Suspek memaklumkan mahu memberi bantuan kewangan dan akan membawa mangsa ke balai raya untuk mengambil kupon pendaftaran dengan menaiki kereta,” katanya dalam kenyataan, hari ini. Ramli berkata, mangsa yang bersetuju dengan pelawaan itu turut mengajak jirannya iaitu seorang wanita warga emas berusia 72 tahun....
Comments
Post a Comment