[VIDEO] Empat individu termasuk bayi maut dalam kemalangan di Kemaman

 

Empat individu termasuk seorang bayi maut dalam kemalangan melibatkan dua kereta Proton Persona di Jalan Terengganu-Jabor, dekat sini petang tadi.

Rakaman Dari Orang Yang Berhenti Di Tempat Kejadian

 

 

 

 

 

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cheneh Mohd Hafiezul Mohamad berkata kejadian tersebut turut menyebabkan lapan individu termasuk tiga kanak-kanak mengalami kecederaan.

“Dalam kereta yang pertama, dua perempuan dewasa dan seorang bayi maut, manakala empat lagi termasuk dua kanak-kanak cedera. Kereta tersebut dalam perjalanan dari Bukit Besi, Dungun menghala ke Bandar Baru Cheneh, Kemaman.

“Dalam kereta yang kedua pula, seorang lelaki dewasa maut dan empat lagi termasuk seorang kanak-kanak cedera. Kereta tersebut dalam perjalanan dari Perasing dekat Jabor menuju ke Batu Rakit, Kuala Nerus,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Katanya proses mengeluarkan kesemua mangsa yang maut dan cedera baru sahaja selesai, bagaimanapun identiti mereka masih belum dikenal pasti.

BERNAMA

 

Comments

Popular posts from this blog

Mufti Perak putuskan jarak 2 marhalah 81km