Ibu maut, bayi tercampak selepas kereta dirempuh dari belakang
Seorang bayi lelaki terselamat biarpun tercampak keluar daripada kereta dinaikinya bersama ibu bapanya yang dirempuh kenderaan lain dari arah belakang di Kilometer 291.3, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan di sini, pagi tadi.
Bayi berusia dua tahun itu selamat tanpa kecederaan fizikal, tetapi kemalangan itu mengorbankan ibunya, Norfadilah Ismail, 34, yang berada di tempat duduk penumpang hadapan Perodua Myvi dipandu bapa kanak-kanak itu berusia 36 tahun.
Keadaan kereta dinaiki tiga beranak yang terbalik selepas dirempuh dari belakang oleh sebuah Perodua Myvi dinaiki empat anggota tentera di Kampar, pagi tadi
Bayi itu dipercayai tercampak keluar selepas kereta dinaiki tiga beranak itu dirempuh dari arah belakang sebelum hilang kawalan dan terbalik bersebelahan laluan.
“Kemalangan berlaku apabila Perodua Myvi dinaiki pasangan itu dilanggar sebuah lagi Perodua Myvi dinaiki empat anggota tentera berusia awal 20an termasuk pemandunya berusia 22 tahun.
“Kemalangan menyebabkan ibu bayi terbabit meninggal dunia, manakala semua mangsa lain termasuk bayi yang tercampak itu terselamat,” katanya.
Mohamad Nazri berkata, mayat suri rumah itu dihantar ke Hospital Kampar untuk proses bedah siasat.
Klik sini untuk close

Comments
Post a Comment