Rompak pelantar minyak: Empat warga tempatan ditahan

Empat lelaki termasuk dua beradik warga tempatan ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) ketika melakukan rompakan di pelantar minyak di kedudukan 0.7 batu nautika, timur laut Jeti Tanjung Langsat pada Selasa.
![]() |
Empat lelaki tempatan
ditahan Maritim Malaysia ketika sedang merompak kabel di bawah pelantar
minyak di perairan Tanjung Langsat pada Selasa. |
Pemangku Ketua Pengarah Maritim
Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim berkata,
kesemua suspek berusia 27 hingga 47 tahun itu menggunakan bot gentian
kaca untuk mencuri kabel logam di bawah pelantar Aurora Producer 1, pada
jam 12.30 tengah malam.
Ujarnya, sebuah bot Maritim Malaysia diarahkan ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima aduan mengenai insiden rompakan itu.
"Sebaik tiba di lokasi kejadian, anggota menemui sebuah bot gentian kaca tanpa nombor pendaftaran bersama empat lelaki sedang menarik kabel di bawah pelantar minyak yang sedang dibaik pulih.
![]() | |
| Bot gentian kaca yang dinaiki empat lelaki tempatan ketika merompak sebuah pelantar minyak cuba ditenggelamkan selepas menyedari kehadiran bot peronda Maritim Malaysia. |
"Empat lelaki tersebut kemudiannya bertindak cuba menenggelamkan bot gentian kaca sebaik yang digunakan sebelum mereka terjun ke dalam laut, namun berjaya diselamatkan dan ditahan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, Tanjung Sedili pada Rabu.
Klik sini untuk close


Comments
Post a Comment